ITO : SERU ARTIS BERSAMA KONSERT BERSIH

Penyanyi terkenal Ito mengajak lebih ramai artis turut serta dalam program mendokong tuntutan proreformasi sistem pilihan raya, seperti konsert BERSIH yang akan dianjurkan tidak berapa lama lagi.

"Pada tahun-tahun sebelum ini, saya sudah bermain dalam majlis kerajaan, kenapa tidak sekarang (untuk NGO)?

"Saya orang Malaysia. Peminat saya semua rakyat Malaysia, bukan sahaja parti politik.

"Sebab itu, kenapa ramai artis tidak ke hadapan? Sepatutnya benda-benda macam ni (konsert), lebih ramai artis ke hadapan... Kita pun bukan dibayar gaji pun sebelum ini," kata vokalis kumpulan Blues Gang itu.

Dalam sidang media berhubung penganjuran konsert BERSIH di Kuala Lumpur hari ini, Ito mengaku percaya seratus peratus terhadap tuntutan gabungan NGO itu.

Blues Gang, sejak tampil dengan album pertama Any Time Any Day pada 1979, sehingga kini menghasilkan lapan album.

Kumpulan blues itu terkenal dengan lagu "Apo Nak Dikato" yang yang menggunakan loghat Negeri Sembilan.

Ulasan

Catatan Popular