DAKWAAN NASHA TAKDE KAITAN DENGAN PAS

Dua orang anggota jawatankuasa PAS pusat – Khalid Samad dan Salahuddin Ayub menjarakkan diri mereka dengan Nasharuddin Mat Isa berhubung dakwaan bekas timbalan presiden PAS itu DAP mahu membentuk kerajaan Kristian.

Bercakap dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini, Khalid berkata, tindakan Nasharuddin itu menimbulkan kecurigaan bahawa MP Bachok itu mengikut arahan "orang di luar PAS".

"Bagi saya tindakan direncana dan dirancang oleh orang luar PAS... Letak sajalah Umno... (Untuk) timbulkan masalah dalam Pakatan dan PAS.

"PAS ada majlis syura dan apa-apa tindakan jika bercanggah dengan Islam majlis syura akan bersuara," katanya.

Beliau menyifatkan kenyataan Nasharuddin itu sebagai "politik murahan" dan Nasharuddin yang menganggotai majlis syura tidak pernah menimbulkan perkara itu dalam mesyuarat masjlis itu atau jawatankuasa PAS pusat.

"(Nasharuddin) buat keputusan individu dan bukan majlis syura.

"Tak ada kena mengena dengan PAS. Kalau DAP nak buat laporan polis, Karpal hendak saman, itu hak mereka," katanya.

Ulasan

Catatan Popular