17 Okt 2012

ASKAR UPAHAN, PERKASA TEKAD BANTU BN PRU-13
abu nu'man17 Okt 2012 1 Komentar


 
IPOH 15 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengambil ketetapan untuk menyokong serta membantu memenangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Naib Presidennya, Datuk Zulkifli Noordin berkata, keputusan itu diambil setelah melihat senario politik semasa yang menyaksikan kedudukan Islam dan orang Melayu di negara ini diserang bertubi-tubi oleh golongan tertentu dengan mendapat bantuan asing.
“Kita akan bantu UMNO dan BN mendapatkan semula mandat daripada rakyat. Kita akan berusaha membantu UMNO dan BN bukan setakat menang dengan majoriti tetapi mendapat semula majoriti dua pertiga daripada rakyat.

“Perkasa di peringkat pusat akan buat program jelajah di seluruh negara. Pemimpin Perkasa di peringkat negeri juga akan membuat kempen kesedaran khususnya kepada orang Melayu yang saban hari diserang dan diancam agar hak keistimewaan kita ini dapat terus dipertahankan," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas berceramah di hadapan lebih 3,000 orang pada program Rapat Umum Perkasa Perak di Dewan Datuk Ahmad Said, Kampung Sungai Rokam, di sini malam tadi.

Seorang lagi penceramah pada malam itu ialah Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.
Terdahulu, dalam ceramahnya, Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu mengajak orang Melayu agar tidak terpedaya dan terpengaruh untuk menyokong Pas yang kononnya akan membela Islam dan kepentingan Melayu.
 
.... puak-puak mata duitan... cari dana lain nak top up balik duit juta yang dah habis di joli....

In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

1 ulasan:

  1. cukup lah perkasa, jangan jadi banggan askar upahan, baca sendiri lapuran Audit Negara Berapa banyak pemimpin memrompak harta negara. jangandenga upah RM 30 dah sanggup jadi askar upahan.

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.