23 Okt 2012

AES DIPASANG DI TENGAH LAUT TAHAN KAPAL SELAM
abu nu'man23 Okt 2012 0 Komentar

Penasihat undang-undang Kase Zulhaimi Shariff dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini berkata senarai lokasi tersebut menimbulkan banyak kekeliruan dengan mempersoalkan 831 lokasi untuk sistem penguatkuasaan automatik yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan dengan dakwaan, sesetengah lokasi itu berada di kawasan yang tidak dapat dipercayai.

"Untuk Jalan Baru Balik Pulau, laluan P106, kita semak koordinat dan lokasi yang diberikan berada di tengah laut.

“Adakah kamera AES ini untuk tahan kapal? Mungkin kapal selam Scorpene akan timbul di situ," katanya sinis.

Semakan ke atas koordinat 5.193910 (latitud), 100.122044 (longitud) di Google Maps mendapati lokasi tersebut berada di barat daya Pulau Pinang, katanya.

Satu lagi contoh, katanya adalah koordinat yang disenaraikan untuk lampu isyarat di persimpangan Jalan Bintong dan Jalan Padang Katong yang menunjukkan ia berada di tengah hutan di kawasan Taman Negeri Perlis.

Katanya, isu yang timbul adalah lokasi yang diumumkan JPJ tidak tepat dan jabatan tersebut perlu menangguhkan pelaksanaannyna dan membuat tinjauan di tapak berkenaan sebelum mengumumkan lokasi tersebut.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.