UMNO FRUST DENGAR BERITA INI

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyatakan bahawa Majlis Syura parti tersebut tidak membincangkan tentang bekas timbalan presiden, Nasharuddin Mat Isa, untuk dipecat dari ahli PAS mahupun ahli Majlis Syura.

“Ya, dia masih ahli PAS, dia masih lagi dalam Majlis Syura,” kata Presiden PAS.

“Mesyuarat hari ini adalah mesyuarat bulanan seperti biasa bagi membincangkan tentang calon-calon PAS dalam pilihan raya akan datang.

“Dan sudah menjadi kebiasaan, calon akan ditentukan oleh Majlis Syura bagi mengekalkan kredibiliti serta calon yang terbaik untuk PAS.”

Apabila ditanya sama ada Nasharuddin akan bertanding di parlimen Bachok dalam pilihan raya akan datang, Hadi menjawab ia masih belum ditentukan.

“Saya sendiri tidak tahu apakah saya akan bertanding di mana nanti,” katanya lagi.
Majlis Syura PAS yang dipengerusikan oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat selaku mursyidul am PAS, dijalankan setiap bulan oleh parti tersebut.

Sebelum ini, akhbar-akhbar UMNO menyiarkan berita mengatakan keputusan tentang nasib Nasharuddin akan dibincangkan dalam mesyuarat pada malam ini. Namum apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Ulasan

Catatan Popular