UIA AKAN UNDI SEMULA SECARA MANUAL


Keputusan pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini digantung ekoran masalah teknikal.

Jurucakap universiti memberitahu, keputusan itu diambil ekoran jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi.

Perkara itu, katanya akan dirujuk kepada Dewan Senat UIA.

Menurut jurucakap UIA juga, jawatankuasa pemilihan kampus akan mencadangkan supaya diadakan pilihan raya semula secara manual dalam tempoh seminggu.

Sekarang ini universiti itu menggunakan pengundian elektronik (e-undi).

Jika cadangan itu diterima, ini bermakna UIA menjadi universiti pertama di negara ini menjalankan semula pilihan raya kampusnya.

Jika tiada masalah, keputusan pengundian di universiti itu sepatutnya sudah diumumkan selewat-lewatnya jam 8 malam tadi.

Sebanyak 31 kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya kampus universiti itu pada tahun ini.

Ulasan

  1. Jurucakap universiti memberitahu, keputusan itu diambil ekoran jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi

    huhuhu....ader hantu kot?

    BalasPadam
  2. Paling berani buat undi angkat tangan.

    Sederhana buat undi atas kertas.

    Paling penakut tak bubar lagi Dewan untuk PRU13.... tunggu mandat tamat konon... dia mana ada mandat... mandat tu adalah mandat maut Dollah Badwi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular