PEMUDA PAS AJAK UMAT ISLAM BERDEMO JUMAAT INI DI KEDUTAAN

PEMUDA PAS BERSIAP SEDIA UNTUK HIMPUNAN AMAN DI HADAPAN KEDUTAAN AMERIKA

Dewan Pemuda PAS Malaysia telah membuat persediaan untuk menganjurkan Perhimpunan Aman bagi membantah filem kontroversi 'Innocence of Muslim' di hadapan Kedutaan Amerika pada 21 September 2012 sejurus selepas solat Jumaat.

DPPM telah membuat pengerahan supaya setiap Dewan Pemuda PAS Negeri menghantar sekurang-kurangnya 5 ribu anggota Pemuda PAS dalam himpunan ini.

DPPM juga menggesa agar seluruh ummah Islam di negara ini untuk turut serta dalam himpunan aman ini bagi menyatakan rasa cinta dan sayang kita kepada Nabi Muhamad s.a.w serta menyatakan sikap kita terhadap kebiadapan Sam Becile dan sekutunya yang tidak bertanggung jawab ini.

DPPM telah mengarahkan agar 1000 anggota Jabatan Amal untuk menjalankan tugas sepanjang himpunan ini diadakan nanti.

DPPM akan memaklumkan secara rasmi kepada pihak keselamatan dalam masa yang terdekat bagi memastikan bahawa himpunan ini dapat dilaksanakan dengan aman tanpa diganggu oleh provokasi mana-mana pihak.

DPPM juga menjemput seluruh pemimpin parti politik untuk bersama dalam himpunan ini sebagai satu isyarat bahawa rakyat Malaysia tidak dapat menerima penghinaan terhadap Rasulullah dan tindakan menghina Islam perlu dihentikan segera.


Ulasan

  1. assalamualaikum....

    adalah dicadangkan diadakan bacaan Yassin dan solat hajat pada hari berkenaan dan dilakukan dihadapan kedutaan AS secara beramai-ramai daripada terpekik terlolong bagaikan orang dirasuk hantu syaitan.

    Tunjukkan cara orang Islam bermunajat kepada Allah memohon petunjuk dan balasan kepada pihak yang menghina kekasihNya....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular