NAJIB LEBIH JELAS HINA RAJA-RAJA


KUALA LUMPUR 3 September – Perdana Menteri mempersenda institusi Raja Melayu apabila menuduh Pakatan Rakyat membelakangkan Sultan Selangor dalam majlis sambutan ambang merdeka peringkat negeri Khamis lepas.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Datuk Seri Najib Razak itu kerana mengheret Raja-raja Melayu untuk menyerang Pembangkang.
Beliau mempersoalkan kerajaan Umno BN kerana menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah apabila tidak menjemput baginda ke Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Sebaliknya, perhimpunan itu hanya dihadiri Najib dan barisan pimpinan politik Umno BN.
“Kenapa mereka hanya jemput Tuanku ke upacara perbarisan dan tidak ke perhimpunan besar-besaran itu? Majlis yang lebih kecil, mereka panggil Tuanku, tapi majlis besar-besaran mereka guna untuk cari pengaruh politik.
“Saya boleh katakan itu adalah satu penghinaan kepada Sultan saya di Kedah,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.
Akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia Sabtu lalu melaporkan kenyataan Najib yang menuduh kerajaan Selangor tidak menghormati institusi diraja dengan mengenepikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam itu.
Mahfuz berkata, isu membelakangkan institusi diraja tidak harus timbul kerana sambutan ambang kemerdekaan di kebanyakan negeri sebelum ini sememangnya tidak disertai Sultan masing-masing.
“Sultan setiap negeri hanya hadir ke upacara perbarisan peringkat negeri pada keesokan harinya,” jelas beliau ketika dihubungi.
Mahfuz berkata, tuduhan tersebut merupakan talian hayat Umno BN meraih sokongan rakyat dengan memainkan sentimen Raja-raja Melayu.
Mengulas perkara ini, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) mematuhi setiap prosedur dalam menganjurkan majlis itu.
“(Kerajaan negeri) adakan perjumpaan dengan Sultan Selangor setiap hari Rabu untuk maklumkan segala program yang diadakan termasuk sambutan ambang kemerdekaan.
“Menjadi amalan biasa untuk menjemput Sultan Selangor berangkat hanya ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat…dan bukannya sambutan ambang kemerdekaan,” kata Khalid.-Kd

Ulasan

Catatan Popular