NAJIB BN TERUS MAINKAN ISU SANG SAKA



Najib Razak dan beberapa pemimpin kerajaan BN terus memainkan isu "sang Saka"dengan menuduh PR mahu menukar bendera Malaysia selepas mengambil alih Putrajaya.

Bagaimanapun, pemimpin pembangkang, semalam menafikan mereka berniat mahu menukar bendera nasional dengan bendera alternatif dan menyelar Barisan Nasional (BN) kerana memutar belit fakta dan “menipu” untuk menghentam pembangkang memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

“Menukar bendera bukan agenda Pakatan Rakyat dan tidak pernah dibincangkan atau dibangkitkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat,” kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang
.
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu turut menyelar Najib dan Kabinetnya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian, yang mana menurutnya “sangat tidak berasas” dan “isu palsu”.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, turut menyuarakan sentimen sama, berkata “segala tuduhan itu adalah palsu dan telah diberikan jawapan rasmi oleh pemimpin PR”.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut menggesa Najib agar berhenti daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian, dan berkata “kedudukannya sebagai perdana menteri bukanlah lesen untuknya menuduh tanpa bukti”.

Malah, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali turut menafikan perkara itu.
“Itu bukan polisi kami, bukan polisi PR.”

Beliau turut melihat tindakan mengibarkan bendera alternatif tersebut sebagai “tidak boleh diterima” dan menegaskan “pihak berkuasa perlu menyiasat pihak yang bertanggungjawab ... dan mengambil tindakan sewajarnya”.

Ulasan

Catatan Popular