LAMAN RASMI DEWAN PEMUDA PAS WANGSA MAJU

21 Sep 2012

'KAMPUS BERSIH' : 8 MAHASISWA DISIASAT
abu nu'man21 Sep 2012 0 Komentar

Lapan mahasiswa dan aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini hadir ke ibu pejabat polis Dang Wangi untuk disiasat berhubungan perhimpunan menuntut pilihan raya kampus yang bersih Hari Malaysia Ahad lalu.

Antara disiasat ialah Koordinator Suaram Ahmad Syukri Ab Razab (aktivis Suaram), Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang dan Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional Edikoup Sediyanto.

student protest on malaysia day 160912 16Kebanyakan mereka memasuki ibu pejabat polis kira-kira jam 2.35 petang dengan ditemani peguam Farhana Abdul Halim.

Turut hadir memberikan keterangan ialah akvitis mahasiswa Ekhsan Bukharee Baderul Hisham, Akram Ikrami Taib Azamuddin, Haziq Abdul Aziz, Mohd Syahid Mohd Zaini dan Rohayu Rosli.

Menurut Farhana, kesemua anak guamnya disiasat sebagai saksi mengikut Seksyen 4(1)(C) dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Peruntukan 4(1)(c) adalah berkaitan penganjuran atau penyertaan perhimpunan secara aman dan tanpa senjata yang tidak meluas kepada suatu protes jalanan.

Manakala seksyen 9(5) pula adalah berkaitan dengan tidak memaklumkan perhimpunan itu dijalankan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Farhana berkata kesemua anak guamnya tidak menjawab soalan yang dikemukakan seperti yang diarahkan sebelum itu kecuali memberikan butir-butir peribadi yang dikehendaki.

"Mereka tidak menjawab soalan, (mereka) jawab di mahkamah jika disabitkan pertuduhan," katanya sambil menambah beliau hanya menemani Rohayu ketika soalsiasat dijalankan.

Sesi soalsiat terhadap semua anak guamnya itu selesai kira-kira jam 6.40 petang, tambah Farhana.
Dilaporkan kira-kira 800 pelajar menyertai perarakan di ibu kota Kuala Lumpur pada 16 September bagi menuntut pilihan raya kampus yang bersih dan telus.

Mereka antaranya menuntut sistem pengundian yang telus, peruntukan dana kepada calon dan penetapan tarikh pilihan raya kampus lebih awal.

'Himpun macam mana yang polis mahu?'
Bercakap kepada pemberita sebelum memberi keterangan, Mohd Safwan Anang mempersoalkan mengapa mereka perlu memberi keterangan sedangkan perhimpunan itu aman dan tidak memberi masalah kepada orang awam.

student protest on malaysia day 160912 17"Pada 16 September terbukti ia aman dan polis mengiringi dalam keadaan yang terkawal.

"Tidak ada masalah. Kita juga berpegang kepada artikel 10 (perlembagaan persekutuan) mengenai hak berhimpun," katanya.

Mohd Safwan berkata beliau difahamkan kesemua mereka akan disiasat dbawah Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan April lalu.

Sementara itu, Ahmad Syukri pula mengingatkan gesaan wakil pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Maina Kiai sebelum ini yang dilapor menggesa kerajaan mempromosi cara berhimpun secara aman.

"(Perhimpunan itu) tidak ada kesesakan, berjalan cukup baik. Berhimpun cara macam mana lagi yang polis mahu sebenarnya?" katanya.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.
++ RAHMAT UNTUK SEMUA ++ DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU ++
HOME