LAMAN RASMI DEWAN PEMUDA PAS WANGSA MAJU

14 Sep 2012

KALI INI PAS & UMNO BERSATU KECAM "INNOCENCE OF MUSLIMS"
abu nu'man14 Sep 2012 3 Komentar




 
NONEPAS dan Pemuda Umno hari ini mengecam penerbitan filem Innocence of Muslims oleh karyawan Amerika Syarikat yang didakwa menghina Nabi Muhammad sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah) berkata, walaupun pada asasnya kebebasan bersuara perlu dihormati tetapi ia mestilah berteraskan rasa kebertanggungjawaban sehingga tidak mempermaikan keharmonian hidup beragama mana-mana kelompok.

"Mewujudkan perasaan kebencian yang cuba ditaburkan oleh kelompok tertentu ekstrimis ini adalah tindakan mundur ke belakang dan tentunya tidak akan menyumbang kepada suasana dunia yang lebih tenteram," katanya.

Parti Islam itu juga berkata tindakan itu hanya akan menyebabkan berlakunya kesan negatif berangkai yang tidak menguntungkan sesiapa pun.

Semalam, dilaporkan berlaku demonstrasi besar di kedutaan Amerika Syarikat di Mesir oleh penunjuk perasaan yang tidak puas hati - yang dijangka merebat ke pelbagai dunia Islam dalam masa terdekat.

Bendera AS diturunkan di Mesir, duta terbunuh di Libya
Dalam tunjuk perasaan di Kaherah semalam, berpuluh-puluh orang memanjat dinding kedutaan, menurunkan bendera Amerika Syarikat dan menggantikannya dengan bendera hitam tertulis dua kalimah syahadah.

Lebih buruk lagi, kemarahan itu juga menyebabkan duta Amerika Syarikat di Libya Chris Stevens terbunuh pada Selasa malam akibat serangan di Benghazi, lapor agensi.

Dalam kenyataan hari ini, Abdul Hadi juga mendesak kerajaan Amerika Syarikat mengambil langkah serius atas "provokasi kebencian beragama" yang ditimbulkan pengarah dan penerbit filem yang berdarah Yahudi itu.

Ketua Pemuda PAS juga mengugut mengadakan perhimpunan besar-besaran Jumaat ini sekiranya kerajaan Amerika Syarikat tidak mengambil tindakan berhubung penerbitan filem itu.

Sementara itu, Pemuda Umno pula menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi langsung dengan isu jelas mencaci agama Islam seperti Innocence of Muslims.

"Namun pada masa yang reaksi keterluan tidak menetapi kehendak ajaran Agama Islam kerana Agama Islam itu indah dan mendamaikan," kata ketuanya Khairy Jamaluddin merujuk kepada insiden kematian duta Amerika Syarikat ke Libya.

Treler filem itu dengan durasi hampir seminit setengah kini dimuat naik ke laman perkongsian video Youtube.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

3 ulasan:

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.
++ RAHMAT UNTUK SEMUA ++ DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU ++
HOME