ISA SABU SUDAH CEMAS

Menteri Besar (MB) Perlis,Datuk Seri Md Isa Sabu yakin Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan di Perlis sekaligus menolak khabar angin "propaganda" yang mengatakan kerajaan negeri akan tumbang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Isa berkata persepsi bahawa majoriti pengundi akan memilih pembangkang hanya suatu propaganda oleh pembangkang.
 
Pengerusi BN Perlis itu berkata pelbagai masyarakat di Perlis yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan Siam menunjukkan sokongan mereka kepada parti pemerintah dan pasti tidak akan mengambil sebarang risiko.

Beliau juga yakin kawasan Sanglang dan Simpang Empat, kedua-dua kerusi yang dimenangi oleh pembangkang (PAS) semasa PRU lepas akan dirampas semula, bersama-sama 13 kerusi Dewan Undangan Negeri yang kini dipegang BN.

Ulasan

Catatan Popular