INSYA ALLAH PAS BAKAL TAWAN PERLIS
PAS yakin dapat menawan Perlis dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 berikutan
pepecahan yang teruk berlaku dalam Umno negeri tersebut menurut pesuruhjaya PAS
negeri Hashim Jasin.
Menurut Hashim, beliau diberitahu oleh bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa Umno Perlis telah berpecah kepada empat kumpulan.
“Ada empat kumpulan, kalau berdasarkan kata Shahidan itu, iaitu diketuai oleh Shahidan sendiri, MB Datuk Seri Mohamad Isa Sabu, adinda Tuanku Sultan Adun Pauh Syed Razlan dan bekas menteri Datuk Azmi Khalid.
“Dalam sidang DUN Perlis baru-baru ini, Shahidan bantai MB, bantai Exco.
“Saya mencelah, nampaknya Umno pecah dua.
“Dia (Shahidan) jawab, dok bukan dua...tiga.
“Baru-baru ni, saya tanya lagi...bagaimana doh jadi tiga.
“Dia kata lagi...dok, empat,” kata Hashim dalam satu temubual eksklusif bersama Harakahdaily.
Menurut Hashim, pakatan pembangkang sudah bersedia untuk mengambil alih negeri yang kaya dengan penanaman tebu itu dan telahpun menubuhkan kabinet bayangan.
“Kita telah gariskan kabinet bayangan. Kalau diizinkan kita kemenangan kita dah sedia.
“Kita juga yakin, kalau menang, saya yakin bahawa PAS mesti menguasai kerajaan dalam bentuk apa aktivitipun.
“Parti yang menguasai kerajaan,” katanya.
Hashim turut menjelaskan, selain daripada pepecahan Umno Perlis mampu ditawan oleh kerana terdapat perubahan dalam sokongan masyarakat Cina terhadap pakatan pembangkang itu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan