BUDGET PR : BN CEMAS DAKWA BUDGET BODOH
Bajet Alternatif Pakatan Rakyat (PR) yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar
Ibrahim hari ini disambut dengan sinis oleh kebanyakan ahli Parlimen daripada
parti pemerintah Barisan Nasional (BN).
Bajet yang dihasilkan secara bersama daripada komponen parti DAP, PKR, dan PAS itu jelas ahli Parlimen BN adalah “tidak masuk akal” dan “bajet bodoh” serta mempersoalkan bila tempoh masanya untuk dilaksanakan.
“Itu bajet bodoh ... persoalannya sekarang bila mereka mahu laksanakannya?
“Ia hanya “trick” untuk menarik undi rakyat, dan setakat ini mereka (PR) tidak pernah melakukan apa-apa,” kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kepada pemberita yang ditemui di Parlimen hari ini.
Dalam pembentangan bajet PR semalam, PR dilihat menjanjikan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna oleh rakyat Malaysia.
Anwar berkata, pendapatan boleh guna akan meningkat melalui penurunan harga kereta, pemansuhan tol, dan pemansuhan pinjaman pelajaran, melalui bajet yang dibentangkan beliau hari ini.
Anwar turut berkata, kerajaan PR akan berupaya untuk menampung cadangan mereka itu tanpa meningkatkan kadar cukai, sebaliknya hanya mengawal ketirisan yang meningkat sebagai akibat daripada gejala rasuah dan ketidakcekapan.

- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan