BACA SAJAK PUN BOLEH LANGGAR UNDANG-UNDANG



 
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad memberitahu pemberita pada malam itu bahawa pihak polis akan "menyiasat kemudian" sama ada Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said telah melanggar undang-undang dengan membaca sajak tersebut.

Atas faktor itu, pihak polis telah meminta Pak Samad hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung tindakannya membaca puisi ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada Khamis malam lalu.

''Saya fikir perkara ini ada hubungan dengan Akta Perhimpunan Aman. Tentunya ada hubungan dengan puisi yang saya bacakan kerana ia ada hubungan dengan Janji Demokrasi," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

himpunan janji democracy 310812 samad said mat sabuTambahnya, polis meminta beliau hadir ke balai polis hari ini namun beliau hanya akan hadir pada jam 3 petang esok.

''Saya menerima notis pada pukul 4 petang, tetapi mereka mahu saya hadir pada pukul 6 petang. Saya kira, tak haruslah mendera saya.

"Hari ini dia beri surat surat, hari ini dia mahu saya datang. Kena hormatlah saya yang sudah tua.

"Mereka meminta hadir hari ini, tetapi saya sudah berunding dan akan hadir esok, pada pukul 3 petang," kata Pak Samad lagi.

Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih itu jugas berkata, beliau tidak dapat hadir untuk siasatan hari ini kerana mesyuarat gabungan NGO tersebut juga berlangsung pada petang ini.

Dalam perhimpunan yang dihadiri 10,000 orang pada malam tersebut, Pak Samad membaca satu sajak bertajuk Janji Demokrasi dan turut bercakap kepada para wartawan.

Ulasan

Catatan Popular