Najib Tun Razak hari ini
menjelaskan bahawa falsafah dan prinsip beliau mengurus tadbir negara ini adalah
berpaksikan kepada al-Quran dan sunah.
Kata Perdana Menteri, falsafah yang dipraktikkan tersebut adalah lebih baik
daripada teori Barat kerana ia berpaksikan kepada prinsip dan semangat
berteraskan kepada agama.
''Kita mesti memperjuangkan berdasarkan agama dan syariah. Kita mesti jaga
negara, akal, ilmu, keturunan, harta, keamanan dan kelima-lima tuntutan agama,
yang mana menjadi landasan yang diperjuangkan oleh kerajaan," katanya ketika
berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid At-Taqwa, Paroi dekat
sini.
Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri
Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin serta
beberapa menteri dan pemimpin negeri.
Kata Perdana Menteri lagi, rakyat jangan tertipu dengan pihak yang kononnya
memperjuangkan Islam tetapi sering gagal mengotakan janji.
''Perjuangan kita jelas kerana kita ada agenda dan pengisian. Bila kita
lakukan sesuatu, kita fikir jauh ke hadapan dan bukan bersikap populis, janji
itu dan ini, tetapi belum tentu janji itu boleh dibuat," ujar beliau.
Najib turut memberitahu, dalam agenda kewangan, pelaburan dan ekonomi sahaja
jelas menunjukkan bahawa negara ini berada dalam prestasi yang amat baik
berbanding negara lain.
''Ada negara di mana kadar pengangguran dalam kalangan orang mudanya sehingga
45 peratus. Di Sepanyol, mungkin mereka boleh menang dalam Kejohanan Bola Sepak
Euro, meskipun kita kalah dalam bola sepak, tetapi kita boleh dikatakan jaguh
dalam bidang pentadbiran ekonomi negara.
''Sebab itulah, bila kita menegakkan prinsip keadilan sosial, kita akan dapat
melihat ekonomi negara kita melalui pertumbuhan yang baik dan rakyat pula
mendapat pembelaan yang sebaik mungkin daripadanya," kata beliau.
Beliau menjelaskan, kejayaan yang dicapai negara ketika ini bukan diuji
setahun dua, tetapi terbukti sejak mencapai kemerdekaan lagi.
.... huhuhuhuhuhuhuhuhuhu..........
Friday, August 3, 2012
WAH!!! NAJIB TAKBIR NEGARA BERPAKSI QURAN SUNNAH
INFAQ JIHAD FI SABILILLAH
..................................................................................................................
DERMALAH KE AKAUN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju
................................................................................................

Disclaimer
Disclaimer/ Penafian
The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.
Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.

2 comments:
Kesian kat najib. Cakap pun dah mula melalut macam kepala masuk air jer. Islam mana yang dia guna.Rasuah, pecah amanah , kezaliman yang umno buat selama ini ikut Islam mana. Alim ulama mana yang ajar umno buat semua kezaliman ini?.
cun La ros dgn bertudung mengalahkn aL...
Post a Comment