Langkau ke kandungan utama

TAKDE DALAM SEJARAH SEBARANG KONSERT AMBANG MERDEKA DI DATARAN :KPKK

 

“Selama ini pun pihak kami tak pernah menganjur mana-mana perhimpunan termasuk konsert-konsert sempena menyambut ambang kemerdekaan sejak dari dulu dari zaman kemerdekaan lagi dan pihak kami menutup terus jalan ke Dataran Merdeka selama ini sehingga tiada siapa  boleh masuk ke Dataran ini bagi memastikan siar raya kami tidak terganggu untuk Sambutan Hari Kemerdekaan pada keesokan harinya…”

sekiranya alasan itu diberikan pihak kementerian makan kami akan menerima dengan hati terbuka.... hahahahahaha
Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi (KPKK) menggesa polis tidak membenarkan himpunan 'Janji Bersih' pada 30 Ogos ini atas alasan ia akan mengganggu sistem siar raya sambutan Hari Merdeka.

Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata peralatan untuk sistem siar raya itu telah dipasang di Dataran Merdeka dan polis mesti menghalang sebarang bentuk himpunan di tempat sama.

NONE"Kita akan maklum polis untuk tak benarkan perhimpunan berlangsung.

"Kerana peralatan kita, kita sudah pasang dengan sempurna di situ dan harus diingat, di mana-mana acara, sistem siar raya sangat penting.

"Saya nak jaga sistem siar raya saya. Kalau ada apa-apa yang diusik nanti, akan menyukarkan kita," katanya kepada pemberita.

Katanya, KPKK memaklumkan polis untuk tidak membenarkan pihak lain mengadakan himpunan di Dataran Merdeka kerana mereka telah menggunakan Dataran Merdeka sejak hari ini lagi.

"Tadi pagi pun kita dah menghadapi masalah. PA system tidak beberapa berfungsi dengan baik.

"Tambahan, kalau dikacau nanti saya khuatir," katanya.

Janji Bersih - perhimpunan bagi menuntut janji kerajaan membersihkan sistem pilihan raya - dijadual bermula dariapda jam 10 hingga ke tengah malam di Dataran Merdeka.

Ulasan

Catatan Popular