SAMPAI UMUR 60 TAHUN LE KORANG MENCARUM KWSP

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 akan dipinda bagi mewajibkan pekerja swasta yang bekerja sehingga umur 60 tahun terus mencarum, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata pindaaan itu selaras Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012, yang diluluskan Dewan Rakyat pada Jun lepas, menyaksikan umur persaraan untuk pekerja sektor swasta dilanjutkan daripada 55 kepada 60 tahun.

“KWSP, setelah berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia, bersetuju bahawa pengeluaran caruman KWSP masih kekal pada umur 55 tahun dan pencarum boleh mengeluarkan 30 peratus pada 50 tahun, dan baki 70 peratus boleh dikeluarkan pada 55 tahun, seperti termaktub dalam akta.

“Pencarum yang tidak mengeluarkan duit ketika 55 tahun boleh terus mencarum dan mengeluarkannya pada usia 60 tahun,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan ketiga pada tahun ini.

Selain pelaksanaan umur persaraan minimum 60 tahun bagi sektor swasta, Dr Subramaniam berkata mesyuarat hari ini membentangkan dua lagi kertas kerja iaitu penubuhan tabung untuk menjaga kebajikan pekerja yang diberhentikan tanpa pampasan dan rundingan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP). 
Sementara itu, beliau berkata umur persaraan minimum 60 tahun bagi sector swasta dijangka dilaksana tahun depan selepas diwartakan, namun tarikhnya belum dimuktamadkan.

“Pelaksanaan umur persaraan minimum 60 akan bermula selepas 6 bulan ia diwartakan, dan majikan akan diberi tempoh kelonggaran selama setahun,” katanya.

Mengulas pelaksanaan gaji minimum, Dr Subramaniam berkata satu jawatankuasa yang dipimpin Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Zainal Rahim Seman untuk menganjurkan sesi dialog dengan semua pihak berkepentingan bagi menyelesaikan isu berkaitan sebelum dilaksanakan pada tahun depan.
Beliau berkata setiap industri mempunyai cara pembayaran gaji yang berlainan, maka majikan perlu melakukan perubahan dalam sistem pembayaran.

“Saya berharap semua pihak terlibat bertolak ansur dalam perbincangan untuk memastikan pelaksanaan gaji minimum sektor swasta boleh dilaksanakan pada Januari tahun depan,” katanya. — Bernama

Ulasan

  1. Mencarum sampai mati. 'Simpanan Pusaka Anda....'

    BalasPadam
  2. Ok la tu... kurang2 pas umoq 60 tahun masih ada duit lagi.. klu tak umoq 58 da melarat balek.. maklum la.. umoq ja tua, jiwa muda uuuu.. :p

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular