PENGGALI KUBUR AJAL DI LUBANG LIANG LAHAD
MENTAKAB
– Seorang penggali kubur menemui ajal dalam liang lahad apabila
dihempap ketulan tanah besar ketika sedang menggali kubur milik seorang
warga emas dalam kejadian di Kampung Penak, pagi semalam.
Mangsa, Mohd Zailan Hamid, 46,
dipercayai mati akibat patah tengkuk dan kecederaan teruk di kepala
selepas tertimbus hampir keseluruhan badan ketika melakukan kerja akhir
menyiapkan liang lahad milik Minah Ishak, 76, yang mati sakit tua lepas
Subuh semalam.
Kejadian berlaku ketika Zailan bersama
seorang lagi rakannya Mohd Nasir Musa, 40, berada dalam kubur terbabit
untuk melakukan kerja-kerja akhir pada liang lahad kira-kira jam 10.15
pagi.
Menurut seorang lagi penduduk kampung,
Nizri Bakar, 57, dia melihat Zailan dan Mohd Musa menyiapkan bahagian
akhir liang lahad sebelum secara tiba-tiba ketulan tanah besar jatuh di
atas badan Zailan dan menimbus keseluruhan badannya.
“Saya sedang bercangkung tepi kubur,
tiba-tiba satu ketulan tanah menghempap Zailan yang sedang baring dalam
liang lahad, Zailan terkambus lebih setengah meter, hanya kaki kanan dia
yang terjulur keluar.
“Masa itu saya menjerit memanggil rakan-rakan lain yang sedang berehat minum di kawasan kubur supaya mengeluarkan Zailan.
“Kami gali beramai-ramai dengan tangan, takut nak guna cangkul sebab kepala dan badannya tertimbus dalam tanah,” katanya.
Ambil masa 5 minit keluarkan kepala mangsa
Sementara itu seorang lagi penduduk
kampung Abdul Halim Musa, 43, berkata, dia dan penduduk kampung
mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan kepala mangsa yang
tertimbus.
“Masa gali saya nampak ada banyak darah
pada kepala Zailan, ketika itulah saya dapat lihat arwah alami cedera
teruk di kepala, tengkuk dan tulang pipi arwah patah.
- Dapatkan pautan
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan