PAK SAMAD BIDAS JAMAL PAK TONGKOL

Diminta mengulas lanjut laporan Berita Harian semalam memetik kenyataan pengerusi MTPKL, Datuk Jamal Pak Tongkol yang juga pemilik rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar bahawa pihak kumpulan Janji BERSIH akan bertindak agresif,  yang "bosan dengan permainan politik" yang didakwa "banyak merugikan peniaga dan menyusahkan orang ramai" bahkan mereka "akan bertindak agresif serta tidak membenarkan" perhimpunan itu berlaku.

Pak Samad yang juga pengerusi bersama BERSIH berkata, "Itu hak dan kebijaksanaan beliau (untuk menerangkan) apa yang dimaksudkan dengan agresif. Beliau harus menjelaskannya. Jangan senang-senang mulut (bercakap)," kata Pak Samad sinis.

Mengulas kenyataan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang dilapor mendakwa sambutan Hari Raya Aidil Fitri akan terganggu atau tercemar susulan adanya perhimpunan tersebut, Pak Samad berkata beliau tidak hairan dengan sikap bekas menteri itu.

"Memang itu sikapnya. Dah tidak boleh berubah. Saya langsung tidak hairan dengan kenyataan beliau itu," katanya sambil menjelaskan mesyuarat yang berlangsung malam tadi berhubung perhimpunan itu, akan bersambung malam esok.

Kumpulan anti-BERSIH Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) yang dilapor mengancam untuk bertindak agresif ke atas perhimpunan itu pada 30 Ogos.

Ulasan

  1. pegi mampos dgn penjilat2 umgok laknatullah... dia dah jadi banggang nak suruh org lain ikut banggang macam dia...

    BalasPadam
  2. ''Zainuddin Maidin yang dilapor mendakwa sambutan Hari Raya Aidil Fitri akan terganggu atau tercemar susulan adanya perhimpunan tersebut''

    raya bila? perhimpunan pulak bila?

    BalasPadam
  3. Pose sebulan, raya pon sebulan.. perhimpunan kan dalam bulan raya... Janji tah kemana..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular