KIT SIANG BIDAS UMNO PASAL MANIPULASI ISLAM
KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Lim Kit Siang hari ini membidas sikap dolak dalih
Umno dengan kenyataan dari naib presiden parti itu, Datuk Seri Shafie Apdal yang
berkata Umno tidak mempergunakan dan memanipulasi agama dalam politik di Kota
Belud, semalam.
Menurut ahli parlimen Ipoh Timur itu, sikap hipokrit itu terserlah dengan kenyataan tidak rasional dan tidak bertanggungjawab dengan membiarkan kempen dan fatwa “Haram Mengundi DAP” selama enam hari ini.
“Semakin hampir pilihanraya, semakin menyerlah karenah terdesak pemimpin Umno/BN berhubung dengan prospek mereka dalam pilihanraya umum yang akan datang.“Apa yang boleh dilihat adalah sejauh mana pemimpin Umno/BN akan pergi untuk memastikan mereka kekal berkuasa – walaupun dengan menggunakan taktik kotor yang tidak berprinsip dan tidak beretika.
“Bagaimana Shafie dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas ini walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya yang dilihat dalam kempen berbisa “Haram Sokong DAP” UMNO/Utusan yang jelas tidak bertanggungjawab dan anti-nasional dalam enam hari ini?” kata pemimpin veteran DAP itu dalam sebuah kenyataan yang dikirim kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Adakah Shafie menafikan kempen berbisa “Haram Sokong DAP” Umno/Utusan ini adalah contoh terbaik Umno mempergunakan dan memanipulasikan agama bagi kepentingan politik tanpa menghiraukan akibat perbuatan mengapi-apikan ketegangan dan prasangka buruk diantara kaum dan pada masa yang sama menggugat kestabilan dan perpaduan negara?
“Atau adakah Shafie sengaja berbuat bodoh berhubung dengan kempen berbisa “Haram Sokong DAP” Umno/Utusan yang jelas tidak bertanggungjawab, anti-nasional dalam tempoh enam hari ini?” katanya lagi.
Katanya, DAP tetap konsisten dengan pendirian mereka bahawa negara Malaysia merupakan satu negara sekular dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
“Adakah ini bererti Umno kian mengaku hilang akal dan telah akhirnya mengambil jalan keluar dalam bentuk fitnah dan taktik menakut-nakutkan rakyat untuk mengekalkan sokongan pengundi?” kata beliau lagi.
Ahli politik veteran DAP itu juga mempertikai kepimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menubuhkan Institut Wasatiyah, namun sikap ini tidak menggambarkan wasatiyah (kesederhanaan).
“Najib harus menjelaskan samada kempen “Haram Sokong DAP” Utusan benar-benar berlandaskan konsep Wasatiyah beliau ataupun sebaliknya, dan jika ianya berlandaskan kepada konsep Wasatiyah, apakah langkah-langkah yang akan beliau ambil untuk menghentikan dan menguburkan kempen berbisa Utusan yang tidak bertanggungjawab, berbaur hasutan dan anti-nasional?” katanya lagi.

Ulasan
Catat Ulasan