KENAPA PERLU JAWATANKUASA... BAGI SAHAJA 20% ROYALTI
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan kerajaan tidak
perlu mewujudkan jawatankuasa khas bagi mengkaji pemberian royalti minyak,
sebaliknya Putrajaya perlu memberikan royalti secara tunai kepada negeri-negeri
terlibat berdasarkan peruntukan dalam Akta Petroleum 1974.
Jelas Anwar,
berdasarkan akta berkenaan cukup jelas kerajaan tidak boleh menafikan hak rakyat
di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak berhubung royalti minyak dan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas beliau diharapkan untuk tidak
berlengah dan berdalih, sebaliknya menyegerakan pemberian royalti tersebut.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan