JANJI BERSIH : POLIS DANG WANGI TUNGGU ARAHAN HISHAM.

NONE
Selepas pertemuan dengan penganjur hari ini, polis Dang Wangi masih tidak menyatakan dengan jelas sama ada membenarkan atau menolak dua perhimpunan yang dirancang pada malam ambang merdeka menjelang 31 Ogos di Kuala Lumpur.

"Tiada ya atau tidak daripada polis... Jadi kami merayu supaya polis membenarkan acara pengiraan detik (ulang tahun kemerdekaan)," kata penganjur perhimpunan "Janji Demokrasi" Maria Chin Abdullah.

Pertemuan dengan polis hari ini di ibu pejabat daerah (IPD) di ibu negara itu berlangsung penuh mesra.

'Gabungan Janji', yang didokong 49 NGO, menganjur pengiraan detik 'Janji Demokrasi' di ambang merdeka di Dataran Merdeka bermula jam 10 malam untuk mendesak kerajaan memenuhi janji untuk memastikan pilihan raya bersih dan adil.

Sementara itu, Bernama melaporkan Maria sebagai berkata, pihaknya bersetuju tidak menggunakan kain rentang, pelekat atau berucap dalam perhimpunan malam itu.

"...cuma Pak Samad (A Samad Said) akan menyampaikan puisi sahaja.

Ulasan

Catatan Popular