HUDUD : INI BEZA DAP DAN UMNO

Hadi Awang: DAP tentang, Umno tolak hudud

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata perbezaan antara DAP dan Umno dalam soal hudud ialah DAP menentang hudud, manakala Umno menolak hukum tersebut.
Dalam satu artikel yang ditulis di Harakahdaily, ahli parlimen Marang itu berkata Umno selama 55 tahun memerintah hanya tunduk dengan undang-undang yang dicipta Inggeris dan memperlekehkan undang-undang hudud yang diperjuangkan PAS.
- Gambar fail
“Pada masa itu hukum hudud menjadi sasaran dihina, bahkan menganggap politik tidak ada hubungan dengan agama. “Kenyataannya bertukar kepada menentang secara bersilat gayung seperti kenyataan ‘Hudud Pas’ atau ‘belum tiba masanya’ walaupun berlalu masa setengah abad,” kata pemimpin veteran PAS itu.
Beliau mengambil contoh apabila kerajaan Kelantan dan Terengganu meluluskan enakmen hukum hudud di dua negeri tersebut, kerajaan pusat yang ditadbir Umno-Barisan Nasional (BN) mengambil tindakan undang-undang dan mendakwa dua negeri tersebut di mahkamah persekutuan.
“Berikutnya berlaku kempen menakutkan pelabur dan rompakan royalti Petroleum daripada Terengganu melalui usul perwakilan Umno Terengganu dalam Perhimpunan Umno tahun 2000 dan dinafikan hak Kelantan untuk mendapatkan royalti.
“Tetapi tidak dilakukan kepada Sabah di bawah PBS dan Singapura ketika dalam Malaysia. Di mana salahnya Pas?” katanya lagi.
Katanya, DAP secara dasarnya menentang hudud kerana itu adalah prinsip yang dipegang oleh mereka, dan PAS berpegang kepada prinsip terbuka dengan mengadakan dialog antara dua parti tersebut.
Kerjasama antara PAS dan DAP, katanya lagi, mencari persamaan dan mengenepikan perbezaan.
“Sepertimana juga DAP tidak boleh memaksa ahli Pas meminum arak dan memakan daging khinzir, maka Pas juga tidak boleh melarang ahli DAP dari minum arak dan makan daging khinzir.
“Perlembagaan Pas mewajibkan memecat sesiapa kalangan ahli Pas yang meminum arak dan memakan daging khinzir.
“Perlembagaan Umno tidak boleh memecat ahli Umno yang minum arak bersama MCA , MIC dan Gerakan.
“Begitulah nyatanya Pas tidak boleh menghalang DAP menentang Hudud dan DAP tidak berkuasa menghalang Pas menyatakan haknya.
“Pandangan pimpinan tertentu DAP pula tentulah tidak sama dengan pandangan pimpinan Umno yang berkuasa selama puluhan tahun di Malaysia ini.
“Berbeza dengan Umno yang sudah berkuasa bersama parti-parti rakannya sejak kemerdekaan negara mencecah lebih setengah abad.
“Pas adalah kalangan Melayu yang tidak lupa dan tidak mudah lupa seperti Melayu Umno yang mudah lupa,” kata presiden PAS itu lagi.
Presiden PAS itu menambah, isu hudud ini cuma kitaran isu pilihan raya oleh Umno untuk melaga-lagakan rakyat untuk terus berkuasa.
“DAP ditonjolkan sebagai parti yang menentang hudud oleh media arus perdana kawalan Kerajaan BN, dalam masa yang sama hakikatnya ialah Umno yang berkuasa memimpin kerajaan pusat itu pula juga menolak hudud dengan rentetan seperti yang saya tulis di atas.
“DAP menolak hudud dengan menampilkan hujah mereka, manakala MCA pula menolak hudud dengan tempikan tuduhan Umno hilang akal,” katanya lagi.

Ulasan

  1. Tak kire la panjang pendek hujah kamu... yg pasti, die menolak Huduh... tak paham lg ke... dn jgnla mnjual agama krn politik, ssah idup kome nnt...

    BalasPadam
  2. bagaimana agaknya perasaan org2 melayu yg berada dalam dap apabila dap menentang HUDUD?
    bagaimana pula perasaan org2 melayu yg berada dalam umno apabila umno menolak HUDUD?

    tiadakah terdetik disanubari mereka bahawa mereka menentang pelaksanaan hukum yg diturunkan melalui al quran?

    kembalilah ke jalan yg benar...kalau tak masuk pas pun tak apa....tetapi jgnlah menjadi tangan2 jahat yg merosakkan islam

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular