CHE DET : SAYA TETAP TOLAK HUDUD.."

KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan sungguhpun beliau tidak bersetuju dengan hudud, seperti mana DAP, beliau telah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Menurut Dr Mahathir, penolakan hudud beliau itu tidak boleh disamakan seperti penolakan DAP, kerana hudud yang ditolaknya adalah hudud PAS.
“Soal hudud ini interpretasi PAS ... itu kita tak boleh sokong,” kata Dr Mahathir kepada pemberita hari ini. 
 “Tapi saya telah isytihar Malaysia sebagai negara Islam ... negara luar juga iktiraf
kita sebagai negara Islam,” katanya merujuk kepada kenyataan artikel dalam akhbar Utusan Malaysia awal minggu lalu yang bertajuk “haram sokong DAP”.

Tambah Dr Mahathir lagi, penerimaan berhubung perkara itu berbeza bagi setiap orang dan terpulang kepada setiap individu sama untuk mempercayainya atau tidak.

“Itu pendapat mereka yang ada ilmu mendalam tentang agama ... terpulang kepada mereka terutama orang Islam.."
Ramai orang yang tak turut perintah Allah Taala, jadi mungkin ramai juga yang tak turut apa yang orang agama ini sebut,” tambahnya lagi.

Ulasan

  1. Ngko punya pasal laa woooiiii!!! Ngko tolak ke, ngko terima ke, kami peduli apaaaa?????

    BalasPadam
  2. Betul kata kau. Kubur masing2.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular