11 Ogo 2012

BEKAS BAKAL MENTERI BESAR KELANTAN KATA TOK GURU BAIK...
abu nu'man11 Ogo 2012 2 Komentar

NONE
Kesediaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bekerjasama dengan jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur, satu petanda baik ke arah menyelesaikan isu tersebut.
 Awang Adek Hussin yang merupakan bekas bakal menteri besar Kelantan berkata isu tersebut tidak seharusnya dipolitikkan, demi faedah rakyat Kelantan.
Kesediaan Nik Aziz itu sudah memadai walaupun ia tidak dipersetujui segelintir pimpinan PAS negeri itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Ops Raya Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan di Bachok, semalam.
Beliau berkata mereka akan bertugas 24 jam di jalan raya persekutuan dan negeri bermula hari ini sehingga seminggu selepas perayaan.
Mereka akan dilengkapi peralatan menyelamat yang canggih bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kemalangan jalan raya berikutan ramai rakyat Kelantan yang bekerja di tempat lain akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya, katanya.

In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

2 ulasan:

  1. mabok daun ketum + ubat nyamok awg adik ni..sapa nak bincang2 lg? itu hak Kelantan, beri jer 5% mcm dlm agreement!! Takde nak tubuh j/kuasa apa2..kat Ganu, sblum PAS perintah dpt royalti..bila PAS perintah, STOP royalti..bila BN perintah balik, sambaung beri royalti..mmg parti umno HARAMJADAH!!

    BalasPadam
  2. Tak kan selama dok negeri kelantan tak kenal hati budi TGNA,sia-sia lah kalu gitu...tapi jangelah sekejap baik,sekejap tak baik menilai seseorang...Wahai Abe Awe....

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.