LAGI BEKAS POLIS SERTAI PAS... JAHANAM BRAHIM ALI

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Datuk Ramli Yusuff yang mane rumah ibunya bersebelahan dengan Dataran Cap Ayam Ibrahim Ali di Bunut Susu akan menyertai PAS dalam masa terdekat, kata naib presiden parti itu Salahuddin Ayub.

Menurutnya, beberapa perbincangan telah berlangsung antara PAS dan Ramli berhubung perkara itu dan perkembangan terbarunya juga "sangat positif".

"Dalam masa terdekat pengumuman akan dibuat pimpinan tertinggi parti atau beliau (Ramli) sendiri," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Salahuddin berkata, PAS amat mengalu-alukan kemasukan Ramli yang dilihat mempunyai dorongan kuat untuk memperjuangkan kebenaran.

"Bukan mudah untuk seorang bekas pegawai polis berprofil tinggi seperti beliau membuat keputusan menyertai PAS," katanya.

Sebelum ini, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari turut menyertai PAS, yang dilihat sebagai sebahagian daripada usaha parti Islam itu merekrut ahli daripada pelbagai latar.

Pengumuman dijangka Ogos atau September

PAS juga dilihat sedang aktif menerima kemasukan kumpulan selebriti seperti pelakon Abby Abadi, Hairie Othman dan penyanyi Aishah yang jarang-jarang berlaku sebelum ini.

Sementara itu, Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim sewaktu dihubungi Malaysiakini turut
membayangkan seorang lagi bekas penjawat awam tertinggi berasal dari Kelantan akan menyertai parti itu.

"Saya yakin dalam tempoh antara Ramadan dan Syawal, banyak lagi yang akan menyertai PAS dari kalangan bekas penjawat awam.

"Saya rasa sebelum Ogos (berakhir) atau September akan ada pengumuman dibuat berkenaan perkara ini," katanya.

Ramli sebelum ini mencuri perhatian apabila terdapat dakwaan beliau dianiaya ekoran konspirasi melibatkan peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan untuk melindungi tokoh kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau Tengku Goh pada 2007.

Musa bagaimanapun menafikannya manakala perdana menteri pula menolak penubuhan tribunal untuk menyiasat perkara itu kerana berpendapat ia hanya dakwaan dan "Dakwaan perlu disahkan". -mk


.... kalau benar dakwaan Datuk Ramli akan menyertai PAS... bapak aku le paling bertuah... mau kehulur kehilir jadi bodygurd Datuk ikut ceramah....huhuhuhuhu 

Ulasan

  1. kes nak saman AG camna?...

    BalasPadam
  2. Bukan senang nak saman AG sekarang.Barua Nasional berdiri tegoh belakang beliau. Kita tunggu PR memerintah selepas PRU 13, kita telanjangkan DIA.

    BalasPadam
  3. bila baca semua cerita ni rasanya tak sabaq dah nak tunggu PRU13...tak sabaq nak pangkah....tak sabaq nak tengok semua penyamun amnobn diterajang masuk jail....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular