ABIM SEDIA PERJELAS HUDUD BUAT NON-MUSLIM
KUALA LUMPUR, 26 Ogos —Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan (gambar) hari ini
berkata, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin MCA dan DAP mengenai hudud
baru-baru ini sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang merupakan
penduduk majoriti di negara ini.
“Jika situasi ini dibiarkan secara berterusan dan tidak dihentikan, fenomena Islamophobia — hubungan tidak baik di antara orang Islam dan bukan Islam di seluruh dunia merebak masuk ke dalam negara,” kata Amidi dalam sebuah kenyataan hari ini.
Beliau dengan tegas menyatakan Islam tidak akan menafikan hak dan kebebasan bukan Islam dan ini dinyatakan dengan jelas dalam jurispuden Islam.
“Sebarang percubaan untuk mempolemikkan undang-undang Islam (hudud) untuk mencipta prejudis dikalangan bukan Islam harus dihentikan,” tegasnya.
“Sebaliknya, semua pihak harus bersiap-sedia untuk memahami undang-undang ini untuk mencegah ketidakfahaman dikalangan masyarakat,” tambahnya.
Amidi mengatakan bahawa organisasinya menawarkan diri untuk memberi penjelasan mengenai isu ini dalam bentuk diskusi termasuk perbincangan akademik.
“ABIM juga telah bersedia untuk membuat diskusi penjelasan kepada orang ramai terutamanya kepada komuniti bukan Islam,” katanya.

- Dapatkan pautan
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan