TUDUHAN BARU BUAT ANWAR, AZMIN & CHEGUBARD

KUALA LUMPUR, 2 Julai — Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin menerima satu lagi tuduhan tambahan hari ini, berkaitan dengan perhimpunan Bersih 3.0 duduk bantah pada 28 April lalu.

Ketiga-tiga mereka dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan tida lagi ahli PKR lain — Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder and Farhan Ibrahim — termasuk
penyokong Bersih kerana melanggar perintah mahkamah yang menghalang penggunaan Dataran Merdeka untuk perhimpunan duduk bantah 28 April lalu menuntut pilihan raya adil dan bersih.


Mereka dituduh bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.

Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka.

Notis itu juga menyatakan keengkaran mereka dan penyokong BERSIH 3.0 yang lain mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut.

Oleh itu, beliau dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Dalam notis yang berasingan, Azmin dituduh menyertai protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2912.
Dengan itu, Azmin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama.

Ulasan

Catatan Popular