PRU DITANGGUHKAN LAGI KESAN 2 PEMIMPIN SABAH KUAR BN

RU bakal tangguh akibat tindakan dua pemimpin BN keluar parti, kata sumber

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Tindakan dua pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah keluar parti hujung minggu lalu akan menyebabkan tarikh pilihan raya umum (PRU) sekali lagi ditangguh dari September ke hujung tahun oleh kerana BN perlu memastikan negeri Borneo tersebut terus menjadi ‘simpanan tetap’ kepada BN, kata sumber.

Sumber BN dari Sabah dan Kuala Lumpur mengatakan selepas ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin keluar menyokong Pakatan Rakyat (PR) adalah diantara sebab Datuk Seri Najib Razak terpaksa melihat semula tarikh baru pilihan raya mengejut selepas dari pembentangan belanjawan pada 28 April untuk mandat peribadi beliau, tiga tahun tiga bulan selepas ambil alih kuasa pada April 2009.

“Ia tidak mungkin pada bulan September sekarang walaupun Umno dan rakan-rakan sudah bersedia untuk pilihan raya, “kata seorang sumber BN dari Kuala Lumpur kepada The Malaysian Insider.

“Umno perlu memastikan, Sabah dan Sarawak kekal menjadi simpanan tetap dan memberikan banyak kerusi oleh kerana di Semenanjung, undi Melayu berpecah,” tambah sumber tersebut dengan menambah Umno hanya mendapat 79 kerusi dalam pilihan raya 2008.

Sumber ini yang memberitahu The Malaysian Insider bahawa pilihan raya mengejut akan berlaku pada bulan September jika Najib meneruskan rancangan untuk membubarkan parlimen pada bulan Ogos, sembilan bulan sebelum mandat BN tamat pada April 2013. Terdapat berberapa tarikh yang menjadi buah mulut dalam tahun lalu walaupun perdana menteri keenam Malaysia itu telah menyatakan keyakinannya untuk mendapat majoriti kerusi Dun dan Parlimen.

Sebelum dua pemimpin BN Sabah ini belot, BN mengawal 22 daripada 25 kerusi parlimen di Sabah dan satu di Wilayah Persekutuan Labuan. Dalam pilihan raya 2008, BN hilang penguasaan tradisi dua pertiga di parlimenoleh kerana kekalahan teruk di semenanjung di mana BN menang 85 kerusi manakala pembangkang mendapat 80 kerusi.

“Mereka berdua tidak ada pengaruh yang kuat di luar kawasan mereka namun keadaan ini boleh merebak dan akan menjadi satu faktor sekiranya pilihan raya diadakan dalam jangkamasa terdekat ini. Lagipun, keadaan ini boleh membarah dan tetap akan menjadi satu masalah nanti,” katanya lagi.

Telah wujudnya spekulasi sejak bulan Jun yang Bumburing dan Lajim akan keluar dari BN and menyokong PR tetapi ia tidak berlaku sehinggalah minggu lepas. “Ini merupakan satu misteri kenapa BN tidak mengambil tindakan awal terhadap mereka berdua,” kata sumber BN Sabah lagi.

Najib telah berkata minggu lagi yang beliau akan mengambil tindakan terhadap Lajim yang melepaskan semua jawatan parti pada hari Isnin. Perdana menteri sebelum ini telah memberi tumpuan pada Sabah dan telah mengumumkan penubuhan Royal Commission of Inquiry (RCI) yang telah dinanti-nantikan untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin walaupun masih belum mempunyai terma dan komposisi untuk panel masih belum diketahui.

Menurut seorang penganalisis, BN selama ini melayan Sabah dan Sarawak sebagai tempat yang pasti menang dalam perlawanan untuk mendapatkan undi Melayu di semenanjung. “Kehilangan undi Melayu boleh ditampung dengan undi dari Sabah dan Sarawak, tetapi kini tidak ada sesiapa yang boleh menjamin apakah masih terdapat simpanan tetap,” kata seorang penganalisis politik yang tidak mahu namanya diketahui kepada The Malaysian Insider.

Ulasan

  1. marilah kita berdoa di bulan yg mulia ini memohon agar Allah menumbangkan keja-jaan dan pemimpin yg telah lama menzalimi rakyat ini... Amin Ya Rabbal Alamin..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular