PEMIMPIN BE END BOLEH TERIMA KEKALAHAN PRU13... HAHAHAHA


BN tiada masalah jika tewas PRU, lebih risau kekalahan PR

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Pemimpin Barisan Nasional (BN) tiada masalah untuk menerima apa jua keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang dengan hati yang terbuka, sama ada mereka tewas dan terpaksa menyerahkan kuasa kepada pembangkang, namun mereka lebih risau sekiranya Pakatan Rakyat (PR) tewas dalam persaingan membentuk kerajaan tersebut.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman n (gambar atas) berkata, BN telah mempunyai pengalaman dalam menerima kekalahan ketika pilihan raya dan telah menunjukkan gabungan kerajaan itu bersedia untuk mengamalkan prinsip demokrasi secara terbuka.

“BN tiada masalah, takkan kalau kalah kita nak bakar negara ni. BN terima secara terbuka. Itu namanya demokrasi. Kalau kalah tetap kalah. Kita boleh cuba lain kali.
“Tetapi yang lebih penting adalah BN sudah buktikan. Kita pernah tewas Selangor, dan Kelantan, tiada masalah untuk kita serahkan negeri-negeri tersebut,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Jelas Abdul Rahman lagi, pembangkang hanya menggunakan kenyataan politik yang mengatakan BN tidak mampu menerima kekalahan dengan hati terbuka.

“Saya lebih risau jika mereka tewas. Boleh Pakatan Rakyat berjanji tidak akan ada jalan di Malaysia ini yang terbakar akibat demonstrasi mereka?” soal Abdul Rahman yang juga Setiausaha BN Sabah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menegaskan, semua pihak harus menerima apa sahaja keputusan pilihan raya umum sekiranya ia dijalankan dengan adil.

“Itu yang dikatakan demokrasi. Tapi pembangkang sengaja keluarkan kenyataan-kenyataan yg tidak perlu untuk bermain dengan psiko rakyat — supaya rakyat nampak kononnya-kononnya kerajaan BN  sekarang tak boleh nak terima kekalahan.

“Saya yakin semua orang sudah pasti akan terima apa sahaja keputusan pilihan raya dengan hati terbuka,” kata Tajuddin ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Datuk S. Devamany (gambar bawah), dari MIC menegaskan, beliau tidak melihat BN akan tewas dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang, sebaliknya beliau merasakan program transformasi Datuk Seri Najib Razak mendapat sambutan hangat daripada rakyat.

“Tewas itu tiada dalam fikiran saya. Kedudukan BN sangat kukuh, dan program transformasi kerajaan juga saya lihat mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat.

“Namun jika situasi itu berlaku, BN akan terima secara terbuka. Takkan kami nak menghuru-harakan negara dengan turun ke jalanan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Cameron Highland.
Naib Presiden MIC itu turut menjelaskan, sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini sudah matang dan pilihan rakyat dalam ketika pilihan raya itu adalah pilihan muktamad mereka.

“Pilihan rakyat adalah muktamad, kita patuh keputusan pilihan raya kerana demokrasi kita sudah matang,” tambahnya lagi.

Dipetik Bernama Online, Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan pemimpin PR khususnya, Lim Kit Siang dari DAP mengotakan janji mereka untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk mengelakkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali.

“Saya berharap mereka (pakatan pembangkang) akan melakukan seperti apa yang mereka cakap. Jangan cakap tak serupa bikin,” katanya.

Tengku Adnan mengingatkan semua pemimpin dan penyokong parti agar tidak berarak untuk meraikan

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular