Friday, July 6, 2012

PELAJAR FORM 4 DI KELANTAN SEMBUNYI MAYAT BAYI DALAM BEG



Sekiranya kes tersebut berlaku di negeri PAS...maka wartawan umno akan menulis tajuk yang sebegitu... tetapi memandangkan kes tersebut berlaku di Negeri UMNO Terengganu maka tajuknya  agak umum....hahahahaha
SUMBAT BAYI DALAM BEG GALAS
Kuala Terengganu - Seorang pelajar berusia 16 tahun yang mengadu sakit perut dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, akhirnya mengaku dia baru melahirkan anak dan menyembunyikan bayi itu dalam sebuah beg galas.
  
Beg galas yang mengandungi bayi perempuan yang dilahirkan pada pukul 1 pagi Selasa itu kemudian diberi kepada rakan perempuannya tanpa memberitahu isi kandungan beg itu.
  
"Mayat bayi perempuan yang cukup sifat ditemui dalam beg galas itu apabila doktor yang merawat pelajar terbabit menghubungi rakan pelajar itu dan memintanya membawakan beg berkenaan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan.
  
Beliau berkata penipuan pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu itu terbongkar pada pukul 6 petang Selasa apabila doktor yang merawatnya
mendapati dia baru melahirkan anak.
  
"Pelajar berusia 16 tahun itu kemudian mengaku kepada doktor itu bahawa dia melahirkan seorang bayi perempuan di asrama sekolahnya," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan di tempat pelajar itu melahirkan bayinya, polis menemui gunting yang dipercayai diguna untuk memotong tali pusat bayi dan dibuang dalam tong sampah.

Berdasarkan laporan bedah siasat terhadap bayi itu mendapati ada kesan lebam pada kepala dan terdapat air dalam paru-paru serta pendarahan yang teruk, katanya.
  
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
  
- Bernama.

1 comments:

Inalilahiwainaihilarojiun....
Nuzubillah...

Post a Comment

INFAQ JIHAD FI SABILILLAH

..................................................................................................................

DERMALAH KE AKAUN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU

No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites