2 Jul 2012

NOH OMAR KENA TEMBAK DEK KHALID IBRAHIM
abu nu'man2 Jul 2012 2 Komentar

[SH] SUBANG – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan memberi maklum balas berkenaan dengan cabaran Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang memberi tempoh seminggu kepadanya agar mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Universiti Selangor (Unisel).

Menurut Menteri Besar Selangor, maklumat-maklumat yang diperoleh oleh Noh mengenai Unisel hanya khabar angin semata-mata.

“Beliau (Noh Omar) harus belajar perakaunan daripada saya kerana kebanyakan yang diketahui mengenai Unisel hanya khabar angin sahaja,
” kata beliau mengulas cabaran Noh di sini, hari ini.

Terlebih dahulu Noh mencabar dan memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar untuk mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Unisel.

Beliau berkata pendedahan laporan terperinci mengenai kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri itu termasuk jumlah tunai dan hutang terkini, perlu dilakukan bagi menangkis dakwaan bahawa Unisel sedang menanggung kerugian.

"Saya mempunyai laporan akaun terkini Unisel dan menunjukkan ia berada dalam keadaan nazak dan saya tidak akan cakap kalau saya tidak ada bukti," katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, sejak parti pakatan pembangkang mengambil alih, Unisel menghadapi pelbagai isu termasuk pertukaran Naib Canselor dan peletakan jawatan beberapa individu dan digantikan dengan pemimpin pembangkang daripada Pas dan PKR.

Beliau berkata, kerajaan Selangor meletakkan tiga wakil politik dalam pentadbiran Unisel iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Hussin, Ahli Parlimen Merbok Datuk Rashid Din dan Ahli Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat sebagai anggota Lembaga Pengarah universiti itu.

Dalam ulasannya, Khalid juga berkata, tindakan meletakkan wakil Kerajaan Negeri dalam Unisel tidak seharusnya dijadikan isu kerana ia amalan biasa kebanyakan universiti dalam negara.

Abdul Khalid berkata, kebanyakan universiti di negara ini  mempunyai wakil daripada pihak kerajaan termasuk beliau sebagai wakil kerajaan dalam universiti milik Kerajaan Selangor itu.

Menurutnya, kebiasaan Pengerusi Unisel adalah daripada kerajaan negeri Selangor dan pihaknya memilih orang-orang berkelayakan untuk mengisi jawatan Ahli Lembaga Pengarah universiti itu.

“Misalnya saya memilih  Dr Che Rosli Che Mat, meskipun dia Ahli Parlimen Hulu Langat, namun beliau mempunyai kelulusan dalam Fizik yang dapat membantu membina pusat Atom, kalau itu kita bangkang dalam pemilihan, maknanya kita tidak pilih orang yang baik.

“Kalau Noh Omar ada orang yang setaraf dengan Che Rosli, beliau boleh cadangkan kepada saya, kerana pemilihan penting bagi memberi nama baik kepada negeri Selangor,” kata beliau yang turut mengulas kenyataan Noh yang mendakwa Abdul Khalid rakus mempolitikkan pentadbiran Unisel apabila melantik ketiga-tiga mereka.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, beliau sebelum ini pernah memegang jawatan Pengerusi Universiti Utara Malaysia (UUM) dan menjelaskan pemilihannya bukan disebabkan kepentingan politik tetapi kerana faktor keupayaan dari segi mentadbir syarikat korporat.

Katanya, yang  penting adalah bagaimana universiti itu dijaga dan dakwaan dibangkitkan dianggap terlalu kecil serta tidak memberi tambah nilai ke atas kritikan itu.

In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

2 ulasan:

  1. Dr. Che Rosli Che Mat, tidak yakin dengan beliau lagi di sebab kan kes LYNAS yang mana ucapan beliau boleh di lihat di you tube sebelum ini iaitu semasa dia jemput menjadi panel di tv 3. Dan baru baru ini, dia menjawab lebih kepada theory dan tidak melihat praktikal nya atau kesannya seperti di Chernobyl, Bukit Merah,di Jepun..

    BalasPadam
  2. Kurang bersetuju jika PR masih memilih DR. Che Rosli Che Mat sebagai calon Ahli Parlimen Hulu Langat untuk PRU 13 nanti. Lebih baik pilih orang lain di kalangan pucuk pimpinan yang lebih istiqomah di dalam perjuangan. Sekalipun Dr. Che Rosli ini memiliki PHD tetapi cara dia menjawab soalan wartawan ada nada "RIAK". Dr. Che Rosli elok jadi pensyarah di bidang nya saja dan bukan ahli politik!

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.