ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini mendakwa Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani Datuk Seri Noh Omar terlibat dalam konflik kepentingan apabila didakwa
membuat persetujuan membabitkan satu perusahaan ternakan udang pada tahun
lalu.
Ng mendakwa satu kaveat persendirian dibuat ke atas sebidang tanah
seluas 30 ekar di Tanjung Karang - seluas kira-kira 15 padang bola - yang
dimiliki Noh yang juga ahli Parlimen Tanjung Karang.
Dalam perjanjian tersebut, Noh memberi kebenaran kepada
syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd untuk mengusahakan ternakan udang di tanah
tersebut selama 10 tahun, dakwa Ng.
Perkara itu jelas merupakan satu
konflik kepentingan kerana projek usahasama itu berada di bawah portfolio
menteri berkenaan, dakwa Ng.
Ng membuat pendedahan tersebut ketika
membentangkan usul di DUN Selangor, bagi menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli
majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka.
Usul itu kemudiannya diluluskan.
Seorang pengarah syarikat Pristine
Agrofood, Chu Bak Teck ketika dihubungi lewat petang ini berkata Noh tidak
terlibat dalam perusahaan itu dan hanya merupakan pemilik tanah berkenaan.
Chua berkata, tanah milik Noh itu adalah sebahagian daripada tempat ternakan
udang itu yang seluas 100 ekar.
Usaha untuk menghubungi Noh bagi mendapat komen beliau tidak berhasil
manakala soalan mengenainya melalui SMS belum dijawab.
Berdasarkan dokumen rasmi dari Ng kemudiannya, Noh telah membeli tanah
tersebut, Lot 26426 di Bagan Tengkorak, pada tahun 1995.
Satu sijil
pemilikan dikeluarkan oleh Pendaftar Hakmilik Tanah Selangor pada September
2009, lima bulan selepas Noh telah dilantik ke jawatan kabinet sekarang.
Friday, July 13, 2012
NOH OMAR GUNA KUASA MENTERI UNTUK PROJEK UDANG
INFAQ JIHAD FI SABILILLAH
..................................................................................................................
DERMALAH KE AKAUN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju
................................................................................................

Disclaimer
Disclaimer/ Penafian
The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.
Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.

0 comments:
Post a Comment