MASIH INGATKAH LAGI "WASIAT TOK GURU" 2008


 
Pertahankan Kerajaan Islam 

“Tahukah kamu bagaimana Tuhanmu telah bertindak keatas tentera bergajah?

Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka yang menyesatkan untuk menghancurkan Ka’abah itu sia-sia? Lalu dihantarNya burung-burung yang berbondong-bondong yang melempari mereka dengan batu2 yang berasal dari tanah yang terbakar. Lalu, dijadikan mereka seperti daun2 yang dimakan ulat”(AL-Fiil Ayat 1-6) 

Islam ini agama yang lengkap. Ia sebuah manual hidup untuk membantu umat manusia kaedah terbaik menggunakan dunia, bumi dan alam keseluruhannya.Mengikutinya dan mematuhinya adalah asas2 yang terang untuk hidup dalam kebahagiaan .Bagai malam di bulan bersinar, memasuki rumah suci Islam samalah seperti memasuki sebuah gerbang kebahagiaan yang terang benderang. 

Islam bukan agama perkakas yang boleh dijadikan topeng untuk menelurkan projek dan menetaskan laba sebanyak-banyak untuk dikaut rakus oleh kapitalis kuasa bernama UMNO dan BN.Ini agama dunia dan akhirat.Ini ugama bersyariat. lace w:st="on"Ada lace dosa ada pahala.Ada taat ada derhaka. lace w:st="on"Ada lace izin ada redha. Dan ada syurga ada neraka.

Dihujung kehidupan setiap orang dari kita, ada kematian dan ada hari kebangkitan. Kita dibangkit untuk dibalas diatas setiap aktiviti yang kita lakukan diatas muka bumi. Mana-mana percubaan dari mana-mana pihak; mengiktiraf apa yang selain dari ini adalah penyelewengan dan landasan kesesatan.
Manusia adalah hamba. Manusia ini dicipta untuk tujuan pengabdian kepada Khaliqnya. Manusia ini Khalifatul-Ardh. Untuk itu pilihanraya adalah kesempatan yang terbaik untuk memilih hamba-hamba Allah yang terbaik dari gerakan yang terbaik untuk diangkat ke kerusi kepimpinan di Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri kea rah melaksanakan apa yang Allah perintah dan larang yang dikerjakan diatas muka bumi. Dengan demikian, akan lahirlah nanti sebuah kerangka pembangunan yang mantap demi membangunkan Islam itu sendiri.

Jika UMNO meninggalkan agama , memandang jijik akan agama , bahkan melawan agamanya sendiri; maka tidak ada sekerat kewajaran sekali pun untuk umat Islam memberikan simpati melalui undi lagi pada 8 Mac ini.
Dari segi demokrasi sekalipun seluruh rakyat di Malaysia  perlu tolak Umno/BN.Ini kerana mereka telah melanggar segala batas demokrasi yang menjadi piagam asas kepada kewujudan Negara ini.

Dalam banyak tempat, Umno/BN memijak pelembagaan nya sendiri dan mengenepikan perkara2 asas yang mendukung Pelembagaan Persekutuan .Dalam banyak keadaan, Negara ini terus menerus telah diperintah secara nafsu hampir sepenuhnya.
‘Dari iman yang ditinggalkan maka lahirlah trend jenayah yang terus memuncak. Persekitaran kehidupan rakyat yang semakin tidak selamat. Surirumah, kaum ibu, adik2 dan anak2 kita sedang hidup dalam serba ketakutan. 

Inflasi menggila tanpa kawalan. Petrol dan tol dinaikan sesuka hati. Wujud kecurigaan yang ketara dalam hubungan antara kaum. Fenomena murtad yang menjadi-jadi. Kelahiran pelbagai jenis maksiat dan jenayah kolar putih dan biru melata; tidak terfikir pun rakyat bagaimanalah Malaysia ini akan selamat dibawah kuku dan taring kuasa pemerintah yang sedang mencengkam siongnya keleher media melalui pelbagai akta peraturan yang memaksa rakyat untuk patuh dan terus beraku janji.

Dengan ini izinkan saya berseru seikhlasnya agar seluruh rakyat Malaysia membuat renungan sedalam-dalamnya.Selamatkan Malaysia dari pemimpim2 yang korup agama , muflis nilai, gilakan harta, dan hidup bertopeng dalam pelbagai segi. 

Tinggalkan parti Umno dan BN yang tidak lagi bertindak sebagai seorang bapa. Dia hanya mabukkan dunia, memuja nafsu, kuasa dan tahta semata-mata. Beralihlah kepada PAS dan Barisan Alternatif. Disana ada sebuah bahagia dan taman hijau penuh harapan. Mari kita buka pintunya dan memasukinya mulai 8 Mac 2008. 

Buat anak-anak perantau, pulanglah kepangkuan Islam di Kelantan biar pun jika terpaksa jalan kaki. Hatta, jika perlu merangkak dengan kedua jari sekalipun, kembalilah jua untuk melunaskan janji.

Tidak terasa terhinakah apabila ‘orang luar’ yang tiada kena mengena dengan Islam bertekad menggenggam penumbuk untuk menghancurkan Islam kita di Kota Serambi Mekah yang kita sama-sama kasihi ini ?

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular