ISA LEBIH TERUK DARI GUATANAMO : PEJ DUTA IRAQ

Kedutaan Iraq sedang membuat persediaan untuk membuat susulan dengan kerajaan Malaysia berhubung isu warganya yang mendakwa diseksa semasa dalam tahanan ISA.




Menurut suatu nota yang diseludup keluar dari kem berkenaan beberapa bulan lalu, Sami Hammad dan beberapa orang yang lain menyatakan dengan terperinci mengenai penyeksaan tersebut, yang menyebabkan beberapa kali cuba membunuh diri. Beliau mendakwa diseksa oleh pihak berkuasa ketika tempoh tahanan reman 60 hari, sebelum dihantar ke kem Kamunting.

Warga Iraq itu mengesahkan kepada peguamnya Fadiah Nadwa Fikri bahawa beliau bersama individu lain diserang dan badannya dilumur dengan cili boh dan foto bogelnya turut dirakam, ketika tempoh reman tersebut.

Polis sebelum ini berkata dakwaan dalam nota berkenaan sebagai "berniat jahat" dan "tidak berasas" tetapi tidak memberi reaksi mengenai pertanyaan Malaysiakini mengenai dakwaan Sami.

Dalam satu emel kepada Malaysiakini, pejabat duta Iraq Amal Moussa Hussein berkata kedutaan itu sedang menjalankan usaha tersebut "melalui saluran rasmi Malaysia".

"Kedutaan Republik Iraq ingin... memaklumkan kepada anda bahawa Kedutaan sedang membuat susulan ke atas kes tahanan Iraq melalui saluran rasmi Malaysia," emel itu dipetik.

Ia turut menyatakan bahawa hal ehwal warga Iraq yang ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia berada bawah perhatiannya dan merupakan salah satu tugas kedutaan.



KUALA LUMPUR, 3 Julai - Jenazah anak mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Aina Mardiah Shahrial akan dibawa ke kediamannya di Lorong Serai 8, Batu 11 1/2, Hulu Langat (berhampiran Masjid Kg. Sungai Serai) selepas Isyak, setelah segala urusan berhubung kematiannya selesai.
Sehingga berita ini ditulis, ayah Allahyarhamah, Shahrial Sirin masih belum tiba di hospital.
Usaha ahli keluarga Allahyarhamah untuk menghubungi pegawai Cawangan Khas bagi mendapat kepastian di mana Shahrial berada menghadapi jalan buntu.
Shahrial dilaporkan dibawa keluar dari Kem Tahanan Kemunting selepas mendapat kelepasan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid Albar jam 1.00 tengahari tadi.
Kegagalan pihak polis cawangan khas menemukan Sahrial dengan anaknya dikecam sanak saudara, sahabat handai dan para simpatisan yang hadir di Hospital Kajang.
Aina Mardhiah menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Fatma dan ahli keluarga terdekat jam 6.25 petang tadi.
Anak sulung pasangan terbabit dilaporkan terjatuh di rumahnya semalam dan berada dalam keadaan koma sehingga disahkan meninggal dunia.
Shahrial ditahan di Kem Tahanan Kamunting sejak tujuh tahun lalu.
Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA), untuk mendapatkan pelepasan sementara Shahrial bagi menziarahi anaknya menghadapi kerenah birokrasi sehingga mangsa tahanan ISA itu tidak dapat menatap wajah anak sulungnya yang sedang koma sejak semalam.
Moga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarhamah, mengurniakan kesabaran kepada keluarganya dan menimpakan azab balasan yang setimpal kepada mereka yang melakukan kezaliman.

Ulasan

  1. Mohon buat pautan blog:

    http://rizuwankini.blogspot.com

    Terima kasih.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular