DEBAT : UST NASRUDIN VS FATHUL BARI

 
Debat Sinar Harian kali ketiga berlangsung Khamis ini - mengupas topik PRU13: Orang Muda Pilih Siapa – isu yang pastinya menjadi tumpuan kebanyakan pihak yang dekat dengan dunia politik.

Debat Sinar Harian kali ini, yang akan berlangsung pada jam 5 petang di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, akan dijayakan oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya.

Mereka yang tidak berkesempatan mengikutinya secara langsung boleh menonton rakaman menerusi saluran Astro Awani, Bernama Radio 24 dan mobtv mulai jam 9 malam pada hari debat.

Debat berkenaan akan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Mereka yang ingin mengemukakan soalan kepada kedua-dua pendebat itu, boleh menyalurkannya ke akaun https://twitter.com/#!/sinaronline atau http://www.facebook.com/SinarHarian atau e-mel editor.online@sinarharian.com.my.
 

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular