DEBAT 2.0 : GUAN HENTAM SOI
PETALING JAYA, 8 Julai – Ibarat dalam satu peperangan hebat apabila seteru
politik Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng bertemu dalam debat kedua
hari ini, dimana kedua-dua pihak saling menyalahkan satu sama lain mengenai
kegagalan polisi parti masing-masing.
Dr. Chua menemplak Guan Eng dan DAP yang mengatakan DAP adalah parti berbilang kaum tetapi pemimpinnya hanya berani bertanding di kerusi yang majoritinya pengundi Cina.
“Kenapa tidak kamu bertanding dikerusi berbilang kaum? Kami jelas sebuah parti mono-etnik,” kata beliau dalam debat anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) hari ini.
Tajuk debat adalah “Ahli politk mana yang lebih menguntungkan negara,” – merupakan debat kedua yang berlaku dalam beberapa bulan.
“Di negara ini, kita harus imbangkan keperluan dan sensitiviti rakyat seluruh negara.
Beliau menyalahkan DAP kerana menghasut masyarakat Cina kononnya mereka (masyarakat Cina) tertindas di bawah Barisan Nasional (BN). Beliau mengingatkan bahawa kadar kemiskinan masyarakat Cina adalah terendah berbanding kaum lain di negara ini.
“Kita tidak boleh nafikan dalam perlaksanaan polisi, pasti ada yang dapat lebih dari lain. Ini menyebabkan masyarakat Cina marah dengan kerajaan dan MCA menerima padahnya.”
Seteru politiknya bagaimanapun mempersoalkan tentang keperluan untuk memisahkan masyarakat mengikut kaum oleh BN tetapi memperkenalkan konsep 1Malaysia.“Mereka kata 1Malaysia, nak tipu siapa? Mereka mahu pisahkan kita supaya mereka boleh ‘sapu Malaysia’,”kata Lim sambil disambut dengan sorakkan dari penyokongnya.
“BN akan terus guna isu kaum untuk takutkan kita sebab mereka sudah tiada isu lain. Jika kita mahu negara berjaya, beri peluang sama rata dan kita akan lihat potensi kita, kita harus tolak ekstrimis dari terus menerus memandang rendah pada kaum lain,” tambah beliau.
Menurut Lim, untuk mempertahankan keamanan negara, rakyat Malaysia harus bersatu menolak pihak yang mahu memisahkan rakyat dengan cara mempromosi kebencian kaum.

- Dapatkan pautan
- E-mel
- Apl Lain
Неllо! Woulԁ уou mind іf I ѕhaгe yоur blog wіth my facebоοk gгoup?
BalasPadamThеre's a lot of people that I think would really appreciate your content. Please let me know. Thank you
Feel free to visit my homepage - Hosting reviews