SELEPAS 17 TAHUN, PEGAWAI PENYIASAT KES AZMIN HIDUP BALIK

Barisan Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM mengeluarkan arahan terbaru supaya siasatan kes rasuah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali diteliti semula.

Pengerusi PPO, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, siasatan semula pertuduhan rasuah terhadap Azmin akan dilakukan dan memerlukan masa yang panjang untuk mengumpulkan segala bukti kerana maklumat berhubung kes rasuah itu masih tidak lengkap sebelum ini.
  
Hadenan berkata SPRM akan turut memanggil bekas Ketua Pengarah BPR Shafee Yahaya untuk memberi keterangan manakala pegawai penyiasat kes tersebut telah meninggal dunia.

Hadenan mengatakan sesiapa sahaja yang bersengkongkol akan turut dipanggil dan disoal siasat termasuklah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Senang untuk saya katakan, secara umum dan konsisten, mana-mana pihak yang berkaitan akan tetap juga dipanggil dan perlu memberikan keterangan,” katanya.
  
Sementara itu, Azmin Ali hari ini mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan pertuduhan rasuah terhadapnya dan turut mempersoalkan badan pencegahan rasuah itu kerana baru sekarang menyiasat semula kes tersebut.

Malah, ahli Parlimen Gombak itu juga menegaskan, tindakan itu dilihat hanyalah sebagai “pertuduhan politik” terhadapnya memandangkan pilihan raya umum bakal dijalankan tidak lama lagi.

“Kenapa sekarang baru nak siasat, sudah 17 tahun, kenapa tidak dari dulu?” katanya.

“Pilihan raya dah dekat. Mungkin bulan hadapan. Ini adalah ‘pertuduhan politik’ terhadap saya,” tambahnya.
Malah, Azmin (gambar) turut menyifatkan SPRM sebagai “super efisyen” kerana kebanyakan kes seperti kes yang melibatkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, ia diselesaikan dalam tempoh masa singkat, walaupun individu yang sepatutnya memberikan keterangan tidak dipanggil.

“Saya respon mudah, mereka super efisyen. Kes NFC (Pusat Fidlot Nasional) boleh disiasat dalam tempoh paling pantas dan telah membersihkan nama Shahrizat walaupun banyak soalan belum dijawab.

“Walaupun mereka yang terlibat dalam isu itu belum dipanggil untuk memberikan keterangan, tapi isu itu  ditutup,” tegasnya merujuk kepada NFC.


Ulasan

  1. Sudah lama 17 tahun, nak disambung semula siasatan. Biasanya dokumen (fail siasatan)berusia lebih 15 tahun sudah disimpan di Arkib Negara untuk dijadikan sejarah bagi rujukan masa akan datang.
    Tindakan ini amat memalukan kerana Panel Penilai Operasi SPRM digunakan oleh ahli politik yang bankrap idea untuk menjatuhkan lawan. Hasilnya pegawai kerajaan (pegawai SPRM dan bekas BPR) yang menjadi mangsa politik murahan. Dirasakan semua pegawai kerajaan hanya menjalankan tugas atas arahan ketuanya dimana ketuanya terima arahan daripada suara ghaib yang berada di atas. Ini menimbulkan rasa benci pegawai kerajaan kerana sejak akhir-akhir ini jabatan kerajaan begitu aktif digunakan untuk menjatuhkan atau memburukkan lawan politik pemerintah. Ketua-ketua jabatan juga menjadi serba salah disebabkan campur tangan politik yang implikasinya tanpa penghujung, contohnya Bekas Ketua Pengarah BPR Dato' Shafee Yahya. Kenapa sekarang baru dipersoalkan keputusan yang diambil beliau dalam kes Anwar Ibrahim? Walau dah pencen tapi telah terperangkap dalam mainan politik, masih kena 'bertugas' lagi. Kalau tugas ketua pengarah sesuatu jabatan masih dipersoalkan kredibilitinya di mana titik akhirnya?. Ini menyebabkan pegawai kerajaan khususnya ketua jabatan tidak berani membuat keputusan. Senang-senang bagi orang politik buat keputusan? Tidak boleh nanti hancur negara.
    Sekadar pandangan orang kampung.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular