SEKOR KATAK RM2 JUTA... PATUT RAMAI MELOMPAT...
KUALA
LUMPUR, 7 Jun – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini
mendedahkan rakaman video cubaan membeli ahli Parlimen Pakatan Rakyat
(PR) yang dakwanya didalangi Umno.
Melalui rakaman video tersembunyi yang telah pun diatur oleh PR itu, ada lima individu dengan dua wakil dari PR dan baki tiga individu lain termasuk seorang wanita adalah pihak yang mengakui wakil daripada Umno-Barisan Nasional (BN) sedang berbincang berkenaan harga yang akan diberikan kepada mereka yang keluar parti.
“Mereka (wakil BN) ini adalah wakil daripada NGO yang didakwa cuba membeli ahli Parlimen PR,” kata Khalid (gambar).
Dalam pendedahan rakaman video yang dibuat kepada media hari ini di pejabatnya, Khalid turut menjelaskan perbualan video itu yang turut dinyatakan amaun yang dirunding antara wakil Umno-BN dan wakil PR itu.
Rakaman yang dibuat pada tahun lalu di satu restoran di kawasan Lembah Klang itu juga jelas Khalid menyatakan secara terperinci terdapat sekitar 15 ahli Parlimen PR yang akan ditawarkan bayaran jika keluar parti.
“Dalam perbualan itu ada dinyatakan ahli Parlimen akan mendapat bayaran sejumlah RM2 juta jika melompat parti.
“Jumlah itu sudah tetap, dan jika mereka mahu jumlah itu dinaikkan, mereka boleh bertemu secara langsung dengan individu tertentu,” katanya yang tidak mendedahkan nama ahli Parlimen dan individu yang terlibat dalam cubaan membeli ahli Parlimen PR itu.
Video berdurasi empat minit yang ditayangkan hari ini hanya memaparkan paparan gambar yang telah dipotong-potong, namun Khalid menjelaskan pihaknya mempunyai keseluruhan rakaman video yang berdurasi tiga jam.
“Kami sengaja membuat pendedahan selepas setahun memandangkan pilihan raya semakin hampir supaya rakyat dapat menilai sikap BN yang sebenar.
“Rakaman ini dibuat sebelum ada ahli Parlimen yang telahpun melompat parti.
“Perkara ini sudah disebut banyak kali, tapi ini kali pertama kami dedah bukti rakaman video,” katanya.
Dalam rakaman tersembunyi itu, individu tersebut turut menamakan beberapa ahli Parlimen yang telah keluar parti dan menjadi ahli Parlimen Bebas telah diberikan bayaran lebih berbanding tawaran RM2 juta tersebut.
Khalid turut menjelaskan, beliau akan membuat pendedahan penuh pada Selasa, 12 Jun minggu hadapan.
“Saya akan membuat laporan polis berhubung perkara ini dalam masa terdekat,” tegas Khalid lagi.

Kerusi Parlimen
Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
Adun Lunas - Md Radzi Salleh
Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin
..... camne ramai le nak jadi wakil rakyat PR PRU13 nie.... menang je.... RM2 juta menanti....
Lupe plak ada org yg sanggup kejar MP ke luar negara suruh jd katak puru. 16 september dlm kenangan..haha
BalasPadamyg mp pergi taiwan tiba2 asal...takut k
BalasPadam