ROYALTI : UMNO DERHAKA TITAH SULTAN KELANTAN



“Beta berharap gas ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan zon indutri petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi, titah Sultan Muhammad V sempena RMK-10 yang bermula 2011 hingga 2015.

Sultan Kelantan bertitah gas asli yang terdapat di Telaga Bumi Selatan dan Telaga Surya Selatan (blok PM301) sudah mulai dikeluarkan.

Baginda juga berharap projek-projek yang telah dirancang dilaksanakan di negeri ini melalui Rancangan Malaysia Ke-10 dapat dilaksanakan sepenuhnya.

“Pembangunan kepada tempoh dua tahun berdasar keupayaan kewangan semasa kerajaan Persekutuan.

“Beta berharap projek-projek yang telah dirancang untuk Kelantan melalui RMK-10 dapat dilaksanakan sepenuhnya,” titah baginda pada perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dun Kelantan ke-12 semalam.

Menurut baginda juga pada tahun lepas Kelantan menerima pelaburan hampir RM1.4 bilion meliputi bidang hartanah, pertanian, pembuatan dan tenaga diperbaharui.

Oleh itu baginda berharap kemasukan pelaburan tahun ini akan meningkat dengan adanya kemudahan pangkalan bekalan di Tok Bali yang dijangka siap pembinaan tahun ini.

Selain itu pembangunan Bandar Baru Tunjung semakin rancak, di samping rakyat akan menerima kesan berganda daripada projek-projek yang dilulus tahun lepas.


 
“Beta berharap GAS ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan ZON INDUSTRI PETROLEUM di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi”.

Ulasan

Catatan Popular