8:22 AM
Abu Nu'man
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan
jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bahawa pilihan raya umum
(PRU) ke-13 kali ini adalah penentu "hidup dan mati" parti tersebut.
Muhyiddin yang berucap ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini menegaskan, bangun jatuh BN
akan ditentukan sewaktu PRU13 dan menuntut setiap ahli jenteranya untuk
memberikan keutamaan kepada setiap kerusi dalam pilihan raya tersebut.

"Pilihan raya umum ke-13 kali ini adalah penentu hidup mati Barisan
Nasional. Bangkit atau jatuhnya BN akan ditentukan dalam pilihan raya
kali ini.
"Justeru saya menggesa setiap jentera parti memberikan keutamaan
kepada setiap kerusi negeri dan Parlimen," tegasnya kepada lebih 1000
jentera BN Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa pagi tadi.
Beliau yang merupakan Pengerusi BN Kuala Lumpur juga menggesa
jenteranya untuk bekerja keras di peringkat akar umbi bagi membolehkan
rakyat kembali menyokong kepimpinan BN.
"Kita perlu bekerja keras. Zaman mewah BN seperti dahulu telah
berlalu. Jika Pakatan Rakyat (PR) melakukan sesuatu kebaikan dan rakyat
menyokong mereka, itu adalah masalah buat kita.
Posted in:
INFAQ JIHAD FI SABILILLAH
..................................................................................................................
DERMALAH KE AKAUN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju
................................................................................................
Disclaimer
Disclaimer/ Penafian
The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.
Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.
0 comments:
Post a Comment