POLIS BAGI VIDEO BERSIH 3.0 KEPADA BEKAS KETUA POLIS...PENING AKU


Bersih 3.0 PDRM Gambar Malaysia Bersih 3.0 2012


Bersih Malaysia 2012 Gambar Malaysia Bersih 3.0 2012

PUTRAJAYA, 4 Jun – Panel siasatan perhimpunan Bersih hari ini telah ditayangkan rakaman video oleh pihak polis sebagai sebahagian daripada siasatan mereka.

Video berdurasi 40 minit yang ditayangkan hari ini menunjukkan rakaman hari sebelum perhimpunan duduk bantah Bersih 3.0 berlangsung yang dirakamkan pihak polis di ceramah-ceramah dari seluruh negara.

“Panel telah meminta pihak polis menayangkan rakaman video, dan hari ini kami telah ditayangkan rakaman video yang menunjukkan terdapat unsur hasutan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin politik yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu,” kata Pengerusi panel tersebut, Tun Mohammed Haniff Omar.

Tambah Haniff,  pihaknya telah difahamkan oleh pihak polis, mereka mempunyai simpanan 43 klip video keseluruhan perhimpunan tersebut yang berdurasi 73 jam.

“PDRM telah menunjukkan tayangan video 40 minit kepada kami hari ini.

“Video tersebut menunjukkan perlakuan peserta perhimpunan pada 28 April lalu dan juga kerosakan harta benda akibat perhimpunan tersebut,” tambahnya.Beliau yang juga merupakan bekas ketua polis negara turut menjelaskan, ekoran klip video yang terlalu banyak, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pihak polis untuk melakukan penyiasatan.

“Panel telah meminta pihak polis memberi taklimat pendekatan yang dilaksanakan PDRM ketika bersih 3.0.

..... bekas ketua polis siasat polis... macam bekas ketua perompak yang masih jahat siasat perompak...

Ulasan

  1. Dunia kahir zaman, tu tanda2 kiamat dah semakin dekat. Pembunuh jadi hakim kes bunuh .....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular