ALOR GAJAH: Dua penyamun belasan tahun bersenjatakan parang dan penyapu,
berlagak baik apabila menasihatkan sepasang suami isteri warga emas supaya tidak
tinggal bersendirian selepas menyamun mereka di rumah pasangan itu di Kampung
Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, penjenayah dipercayai menceroboh melalui
bumbung bahagian dapur rumah ketika pesara guru, Md Amin Ismail, 74, tidur dalam
bilik manakala manakala isterinya, Fatimah Mohamad, 80, berada di bilik
air.
“Saya tersedar daripada tidur selepas terdengar bunyi benda jatuh sebelum
seorang lelaki menutup muka dengan baju datang mencekak leher saya dan menyuruh
diam.
“Seorang lagi penyamun membawa isteri masuk ke bilik dan mengikat
tangannya serta mulut disumbat dengan kelambu kerana banyak cakap,” kata Md
Amin.
... bagus punye penyamun....
Ulasan
Catat Ulasan