NFC : SHAMSUDIN TERUS JADI KAMBING HITAM LAKI SHAHRIZAT

PETALING JAYA, 29 Jun — Peguam kepada konsultan Datuk Shamsubahrin Ismail melihat dakwaan baru yang dikenakan terhadap yang menuduh beliau meyakinkan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail untuk menyerahkan lebih RM1 juta untuk merasuah penyiasatan pihak polis adalah tidak adil dan bertentangan dengan National Feedlot Corporation (NFCorp).

N. Surendran dalam satu sidang media kepada pemberita hari ini berkata, pihak pendakwa seharusnya mendakwa Pengerusi NFCorp, Salleh, yang merupakan suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, untuk menutup kes tersebut dengan merasuah polis.

“Peguam Negara sendiri mengakui dalam kertas pendakwaan bahawa Salleh cuba merasuah polis. Saya sendiri tidak pernah melihat dakwaan seperti ini daripada AG, ia bertentangan dengan polisi awam.

“Beliau cuba melindungi orang yang cuba merasuah polis. Jika mereka ada bukti NFCorp cuba merasuah polis, kenapa tiada tindakan diambil terhadap Salleh?” soal naib presiden PKR itu (gambar) lagi.

Kertas pendakwaan bertarikh 12 Jun itu turut diserahkan kepada pemberita yang menyatakan jumlah pendakwaan menipu Salleh, yang turut bersama anak-anaknya memiliki syarikat yang didakwa menyalahgunakan RM250 juta dana, yang dipecahkan kepada empat bahagian.

Tiga daripadanya, bertarikh 25 November, 1 dan 5 Disember, menyatakan Shamsulbahrin menipu Salleh untuk menyerahkan cek bernilai RM255,000, RM500,000 dan RM300,000 selepas “meyakinkan Salleh”.

 “... mempercayai sebahagian wang tersebut kononnya untuk diberikan kepada pegawai polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Perdana bagi menutup kes yang disiasat polis berkaitan NFCorp.”

Ulasan

  1. celaka betul!!!yang metekedarah daging lembu selamat.yang makan taik lembu pula salah.macam "haramjadah" kata najib menteri wanita.

    BalasPadam
  2. LIVE STREAM TV PENANG & live siaran lansung ceramah pakatan rakyat( TV PAKATAN RAKYAT )JOM DENGAR CERAMAH CERAMAH ISU TERBARU DARI PAKATAN RAKYAT DI SINI
    >>>>>> http://vecasts.blogspot.com/2012/06/penang-tv-live-stream-malaysia.html <<<<<

    BalasPadam
  3. Ayoyo...caca marba Malaysia ni..Pilihan di tangan kita..kuasa rakyat penentu segala..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular