20 Jun 2012

NASIHAT PEMUDA PAS BUAT USTAZ & PIMPINAN PAS
abu nu'man20 Jun 2012 2 Komentar

Merujuk kepada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin yang diadakan pada hujung minggu lalu... UTUSEX memainkan peranan penting mereka untuk memburuk-burukkan PR dengan mengambil 'kononnya' kata-kata daripada ulama' Timur Tengah yang dijemput menjadi panelis pada seminar 2 hari tersebut. Akibatnya menyebabkan kita selaku pimpinan PAS terus melatah dengan berita-berita negatif yang diterbitkan oleh UTUSEX menyebabkan kita kadang-kala mengeluarkan kata-kata yang seolah-oleh menghentam ulama'-ulama' tersebut termasuklah Ustaz kita sendiri. Ana ambil dari page Ust tersebut...
Assalamu'alaikum ust,

 يا أيها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنبأ فتبينوا أن تصيبوا قوما بجهالة فتصبحوا على ما فعلتم نادمين

berdasarkan Firman Allah yang ini, bagaimana ust nak jawab jika ditanya ape asas atau sumber penilaian ust untuk menggelarkan "Para Pewaris Nabi" ini sebagai bomoh dan mengumpat tentang mereka dengan nada yang sangat negatif?

ingatlah bahawa setiap perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan nanti..
lebih-lebih lagi, orang yang ust telah umpat dan fitnahkan ini adalah ulamak2 yang mana daging mereka adalah beracun untuk ust makan!

jika ust kata sumbernya adalah media BN, ini bermakna ust juga mudah untuk ditipu oleh BN melalui media mereka...
amat lucu lah, kerana ust sendiri yang ingatkan kami supaya jangan percaya media BN sedangkan ust percaya pada media yang terkenal dengan Penipuannya ni...

ana hadir seminar ini, persepsi awal ana juga adalah negatif terhadap pembentang2 yang ana kira, mereka pasti akan cenderung kepada BN..

Tapi Wallahi, pembentang2 atau ulamak2 dari Timur tengah ini sangat teliti dalam mengeluarkan pandangan dan memberikan amanat kepada para peserta seminar...
berdasarkan kefahaman agama mereka yang mantap..
Jazahumullah Khoiron katsiro…wa Hafizohumullah…wa Baarokallahu fihim..

sedikitpun mereka ini tidak bias dalam mengeluarkan fatwa atau pendapat...
sehingga amat susah bagi media BN untuk memanipulasikan (edit, cut & paste) kenyataan mereka melainkan hanya sedikit...

dan ana tidak nampak pun mereka ini menyebelahi BN yang Zalim itu..

bahkan dalam penilaian saya, BN adalah entiti yang paling teruk dikritik oleh ulamak2 dalam perbentangan mereka berkaitan ciri Pemerintah yang berhak mendapat royalitas daripada rakyat...

banyak soalan2 yg dikemukakan oleh peserta dengan tujuan nak kenakan Parti Islam tapi jawapan Masyaikh sangat 'Adil dan tidak memenuhi hajat Jahat UMNO itu..

setiap kita tidak lepas dari silap & salah tidak kira siapa kita...
moga kita bersedia untuk jadi hamba Allah yang lebih baik.

nasihat ana untuk diri ana sendiri dan juga untuk ust ialah:

1. Jangan percaya pada Media BN 
   (kerana ia bukanlah satu sumber yang patut dipercayai)

2. Jangan terlalu ringan Lidah atau tangan untuk menyakiti ulamak2 Kaum Muslimin.

3. Jangan mudah-mudah saje nak bagi kritikan yang besar (Negatif atau Positif) jika kita/ust tidak dengar sendiri tentang perkara itu dari sumber yang tsiqoh atau dipercayai.

4. Bersangka baiklah kapada Ulamak sebagai mana ust juga ingin anak-anak murid ust bersangka baik pada ust. 

5. Berlapang dada lah jika kita berjumpa dengan orang yg ikhlas menegur kita seperti yang ana buat ni..kerana ia akan buatkan hati kita lebih tenang dan aman..:)

wallahu a'lam..
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

2 ulasan:

  1. Apa makna nya artikel ini? Siapa yang sasaran nya...ustaz dalam PAS!!!!! Akibatnya lebih dahsyat... siapa mahu dipercayai....semua orang suka berlapang dada tetapi dapatkah dilakukan seperti ahli syurga tentunya tidak. Rakyat Marhein bertambah kusut dengan pertelingkahan ini. Anda juga perlu belajar ilmu lain juga yang khusus bagaimana memenangi hati rakyat...mungkin boleh membantu anda.

    BalasPadam
  2. Berprasangka baik, maka kebaikan yg akan kita nampak. Kesemua pak Sheikh Arab memang berhati2 dalam membuat kenyataan tp sebenarnya itulah realiti jawapan yg perlu dibuat. Ketaatan kpd pemimpin itu sebenarnya dibentuk oleh pimpinan kita dalam keluarga kita. adakah isteri dan anak2 kita taat atau takut kpd kita. ajar dan didik anak2 kita supaya mentaati kita selagi kita berbuat baik dan tidak menyalahi syariat. Ajar anak2 tentang kewajaran dalam bertindak samada memberi kesan kpd kehidupan diri sendiri dan negara juga. Bimbinglah anak2 kita supaya akhlak anak2 spt akhlak Al Quran, paling tidak mereka berkahlak baik dan sejuk mata memandang.
    Marilah kita terutama saya sendiri muhasabah diri mencari kelemahan dan dosa yg telah dilakukan semuga kita dapat memperbaiki diri

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.