MP SRI GADING KECUT... DAKWA HANYA SOALAN BUKAN UGUTAN
KUALA LUMPUR,
28 Jun — “Ia hanyalah satu soalan...", dakwa Ahli Parlimen Umno, Datuk Mohamad Aziz hari
ini.
Beliau menafikan dakwaan beliau mencadangkan supaya Datuk Ambiga Sreenevasan dihukum gantung atas kesalahan penderhakaan, sebaliknya berkata beliau hanya menyoal sama ada tindakan itu boleh dilaksanakan kerana mengancam keselamatan negara.
Ahli Parlimen Sri Gading itu juga enggan memohon maaf atas kenyataannya itu, yang dikeluarkan pada malam Selasa lalu di Dewan Rakyat atas alasan beliau tidak bermaksud membahayakan sesiapa.
“Saya tidak akan meminta maaf kerana saya tidak bersalah. Saya bukan suruh dia digantung, saya tidak menyebut sesuatu yang bersifat perkauman.
“Ia hanyalah satu soalan jadi saya tidak akan memohon maaf kerana saya tidak melakukan kesalahan kepada sesiapa,” katanya.
Pemimpin Umno itu sebelum ini berkata: “Apakah Ambiga tidak boleh kita anggap penderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan hukum gantung pada dia?

Ulasan
Catat Ulasan