MACAM NI LA SPRM... CEKAP BUAT KERJA
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat pengarah
strategi PKR Rafizi Ramli malam ini susulan pendedahannya berhubung
dakwaan campur tangan perdana menteri dalam projek sambungan LRT Ampang
bernilai RM1 bilion.
Menurut peguamnya N Surendran, empat pegawai suruhanjaya itu mengambil
keterangan Rafizi selama 15 minit di ibu pejabat PKR di Tropicana
kira-kira jam 8 malam.
Rafizi dalam pendedahannya mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan
menganugerahkan kontrak itu kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys,
berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan
(JPMK).
Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lepas melahirkan hasrat menganugerahkannya kepada Konsortium George Kent, seperti dilaporkan media.Keputusan itu didakwa bertentangan dengan keputusan JPMK - jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Najib - yang bersidang pada 25 Januari 2012.
SPRM cukup cekap dan pantas, pagi buat laporan malam tue jugak buat siasatan dan yang disiasat adalah pengadu.... hahahahahaha
Ulasan
Catat Ulasan