Kesukaran Pihak Pengawal Menjaga Morsi

BAYANGAN 'UMAR BIN ABDUL AZIZ?

Sumber "Masr Al-Youm" melaporkan dua 'cabaran utama' pasukan polis dan pihak keselamatan yang mengiringi Presiden baru Mesir, Dr.Muhammad Mursi:

1) Suka menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid

2) Enggan menutup lalulintas jika kenderaannya berada di jalan raya kerana tidak mahu menyusahkan rakyat

Menurut pihak keselamatan, mereka tidak terbayang Presiden akan meminta untuk menunaikan solat di masjid, bukan di rumah yang memaksa mereka untuk menjaga keselamatan Presiden yang menjadi tanggungjawab utama mereka.

Menurut sumber, Presiden juga telah mengimami solat kakitangan istana yang berada bersama-sama beliau semalam dan hari sebelumnya.

Selain itu, Presiden juga tidak suka pegawai keselamatan berdiri di panas terik bagi mengawalnya. Beliau bertanya kepada pengawal, "Mereka berdiri sudah berapa lama?" Jawab pengawal, "Sudah lebih dua jam". Presiden kemudian memarahi dan menyuruh mereka beredar.

Anda tahu jam berapa waktu solat Subuh di Mesir musim panas sekarang? Pukul 3.05 pagi -sumber FB Abdul Malik-

Ulasan

  1. Polis Malaysia pening tak dengan solat Najib?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular