19 Jun 2012

KAYVEAS TERKENCING NAK BUKTIKAN PESERTA BERSIH DIBAYAR
abu nu'man19 Jun 2012 1 Komentar

KUALA LUMPUR, 19 Jun —  Bersih 2.0, gerakan menuntut pilihan raya adil dan bersih, telah menolak dakwaan Datuk M. Kayveas bahawa peserta perhimpunan pada 28 April adalah peserta yang dibayar, dan mencabarkan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) itu untuk mengemukakan bukti atau minta maaf kerana membuat dakwaan tersebut.

“Kenyataan beliau adalah tidak bertanggungjawab, berunsur fitnah dan angkuh, terutamanya dakwaan beliau bahawa penyokong Bersih telah dibayar,” ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, Wong Chin Huat.

“Itulah satu contoh apa yang kami sedang menentang — ‘politik kotor’,” Wong berkata apabila dihubungi kelmarin.

Wong berkata gerakan pilihan raya itu amat tersinggung dengan dakwaan Kayveas dan mencabar pemimpin BN itu untuk mengemukakan bukti bahawa wujud peserta yang dibayar “atau minta maaf”.

“Sama ada kamu mengemukakan bukti bahawa kami membayar para penyokong, atau (kamu) minta maaf,” beliau berkata.

Pengerusi bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan bersetuju dengan Wong. Beliau berkata “peserta Bersih akan memberi keterangan mereka di bawah sumpah inkuiri Suhakam”.

“Kalau Datuk Kayveas begitu yakin dengan kebenaran kenyataan beliau, beliau patut juga hadir di hadapan inquiri Suhakam dan beri kenyataannya di bawah sumpah,” kata bekas presiden Majlis Peguam itu.
Wong juga berkata adalah tidak perlu untuk mencari perkaitan antara Bersih dan sentimen anti-BN.

“Saya tidak tahu mengapa beliau melihat hubungan seperti itu. Sebenarnya, pilihan raya yang bersih dan adil sepatutnya memanfaatkan BN untuk mendapat lebih banyak sokongan,” beliau berkata.

“Kalau para pemimpin BN nak fikir bahawa sokongan untuk pilihan raya bersih ialah satu bantahan BN, bantahan itu ke atas BN, bukan (masalah) Bersih,” beliau berkata lagi.

Liau Kok Fah, yang juga merupakan ahli jawatankuasa pemandu Bersih, berkata: “Ini adalah penghinaan terhadap mereka yang telah menyertai perhimpunan Bersih itu.”

“Kebanyakan orang menyertai perhimpunan itu kerana mereka tahu senarai undi itu tidak adil dan bersih, bukan kerana mereka telah mengambil wang,” Liau berkata. “Bersih ialah satu NGO, kami tidak ada duit.”
“Kami bergantung kepada sokongan orang awam untuk semua operasi/penganjuran,” beliau berkata.

Liau juga menolak dakwaan Kayveas bahawa kebanyakan peserta adalah “penyokong buta anti-BN” dan berkata “kebanyakan orang adalah bijak.”

“Kalau mereka tidak menyokong BN, mereka ada sebab kerana tidak menyokong BN. Ia bukan kerana mereka adalah buta.”
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

1 ulasan:

  1. Kaveas ini macam orang ada otak tidak pandai guna. Wa heran macam mana boleh jadi Deputy Minister dulu. Ini orang kalau jual botol pun boleh rugi pasal otak dia tak pandai guna. Siauuu maa!

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.